Friday, November 6, 2009

Eternal Life Plan

Dari hari ke hari, komitmen dirasakan semakin bertambah dan sememangnya inilah hakikat dalam kehidupan. Sejak akil baligh, kita telah secara rasminya memegang tampuk pemerintahan kerajaan diri sendiri. Masing-masing bertanggungjawab atas segala apa yang dilakukan, walau sekecil zarah kebaikan, pasti diupah ganjaran, walau sekecil zarah keburukan, pasti menempah balasan. (rujuk Surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8


Impian untuk menjadi penghuni Jannatul Firdaus, sudah pasti menjadi impian seluruh umat Islam. Namun, sejauh manakah tindakan kita bergerak menuju ke arah impian itu? Lain mulut cakap, lain yang kita buat. Seringkali ibadah diketepikan, dunia didahulukan.


Buktinya...


Azan Subuh berkumandang. ‘Em, jap gi lah bangun. Baru azan, belum iqamat lagi. Semalam aku da bangun qiamullail kul 3. Ngantok sey.’
Sedar-sedar je, waktu Subuh dah expired. Tapi, muke si dia selambe je.


Tapi,


Lagu ‘Aku Bukan Superman’ berkumandang(maksudnye alarm la). ‘Hah, dah pukul 3. Kelas start kul 4. Bangunlah, lagi pun lecturer tu suke orang yang datang awal. Ade can nak dapat markah lebih.’
Maka, bangunlah si dia dengan cerianya.(ganjaran manusia selok kita kejor, ganjaran Allah???)


Tak payah tipu la. Situasi ni selalu je berlaku sama ada korang mengaku atau tak mengaku. Sama jugalah dengan insan yang sedang menaip ni.
Korang (dan juga aku) ni, bile la nak insaf ha? Baru-baru ni Ust. Syaari bagi talk bertajuk Qiyamah 2012 dan segala apa yang berkaitan dengannya, illuminati, freemason dan segalanya. Siap dengan slide-slide dan sound system yang sememangnya mendebarkan jiwa. Takkan boleh buat derk je lagi? Boleh lagi nak lengah-lengah. Ish3....


Cuba korang fikir....


Purata manusia sekarang hidup dalam 60-70 tahun.
Dalam setahun ade 365 hari.
Dalam sehari ada 24 jam.
Kita tengok pulak dalam 24 jam ni apa yang kita buat.


TIDUR = 7 JAM (tidur yang ok dalam 6-8 jam, so ambil yang tengah-tengah la, 7 jam)
MAKAN = 3 JAM (makan pulak dengan member, borak 5 minit tapi baru sekali suap!)
KELAS = 6 JAM (memang 6 jam, tapi 1 jam TERtidur, 1 jam mengelamun)
REHAT = 7 JAM (main game,chatting,termenung,mandi,qadha hajat dan sebagainya)
SOLAT + QURAN = 1 JAM (Alhamdulillah, masih lagi ingat untuk solat dan baca Al-Quran...)


Ni secara kasarnya la.
Sekarang, cuba darabkan dengan 365 hari(tak kire la tahun lompat tu).


TIDUR = 7 X 365 = 2555 JAM
MAKAN = 3 X 365 = 1095 JAM
KELAS = 6 X 365 = 2190 JAM
REHAT = 7 X 365 = 2555 JAM
SOLAT + QURAN = 1 X 365 = 365 JAM


Ni dalam setahun. Sekarang kira pulak jumlah jam dalam 55 tahun. Kenapa 55 tahun? Kita kira start daripada akil baligh la. Zaman kanak-kanak tu tak payah cite la. Tapi kalau korang rajin nak kira pun takde masalah.


TIDUR = 2555 X 55 = 140525 JAM
MAKAN = 1095 x 55 = 60225 JAM
KELAS = 2190 x 55 = 120450 JAM
REHAT = 2555 x 55 = 140525 JAM
SOLAT + QURAN = 365 x 55 = 20075 JAM


Bilangan jam dalam setahun ialah 24 x 365 = 8760 JAM.
Cuba bahagikan pula bilangan jam yang diperoleh tadi dengan 8760.


TIDUR = 16 TAHUN
MAKAN = 7 TAHUN
KELAS = 14 TAHUN
REHAT = 16 TAHUN
SOLAT + QURAN = 2 TAHUN


Cuba saudara saudari lihat, apa yang paling sikit kita lakukan? Dalam masa 55 tahun, kita hanya mengambil masa 2 tahun sahaja untuk beribadah. Rasa macam lama kan, tapi sebenarnya sedikit amat. Sedangkan kita bakal melalui satu perjalanan yang tiada penghujungnya. Satu kehidupan yang kekal. Kehidupan akhirat. Cukup ke dengan sekadar 2 tahun bekalan? Boleh hidup ke macam tu? Kalau ada yang mengatakan YA, memang salute la!


Naimy ni pun bukanlah seorang manusia yang sempurna, tiada apa yang istimewa, dan bukanlah yang selayaknya untuk bercakap begini. Hamba yang hina ini banyak kurang dan lompangnya. Tapi, sama-samalah kita saling mengingati antara kita. Naimy pun mengharapkan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat semua.(serius..!tak tipuu..!)


~ MULAKAN PERANCANGAN HIDUP ANDA UNTUK MATI ~
(ilmu ni Naimy dapat semasa mengikuti satu program di Kuantan, sekadar perkongsian bersama)