Showing posts with label Ziarah. Show all posts
Showing posts with label Ziarah. Show all posts

Thursday, April 8, 2010

Kini Kembali =) II

CONTINUE

Hari pertama di Makkah..aku masih lagi dibuai perasaan..bersyukur sebab dapat berpijak di sini..semua aku nak hadam dalam ingatan..

Langitnya..
Jalan-jalannya..
Bangunannya..
Orangnya..
Anginnya..
Semuanya..

Rolling Eyes
Mata aku tak berhenti memerhatikan segalanya..argh..indah amat...


Di sini,aku menyaksikan berkumpulnya seluruh umat Islam di dunia..dari Turki,dari Pakistan,dari Indonesia,dan dari Malaysia =) Even adat dan budaya masing-masing berbeza,tapi sama-sama sujud kepadaNya..belajar menerima perbezaan masing-masing..belajar untuk berkomunikasi..dan yang paling penting,TAARUF satu sama lain..dah duduk bersebelah,takkan tak nak berkenal kot..dan di sini,menguji English anda..erm,yang ni agak mencabar tapi Alhamdulillah..okay ^_^..dah exempted English kenalah praktik pulak kan..berdasarkan pemerhatian aku,most of the Turkish tak pandai berbahasa Inggeris..dia cakap bahasa dia,aku cakap English,dia balas bahasa Turki jugak..last-last,senyuman yang ikhlas je yang aku mampu bagi..tapi symbol communication menyelamatkan keadaan..rupanya,nak mintak tolong aku amikkan air zam-zam..hehe..pueh kome nok mahamnye..fuh..

Orang Melayu memang terkenal dengan lemah lembut,sopan santun dan budi bahasa..jangan terkejut dengan suasana di sini especially masa dalam masjid..kita tengah khusyu' sujud tetibe dia lalu kat depan terlanggar kepala kita..bengang jugak la rasa tapi sabarrr..check balik..ye ke khusyu' tu?Sahabat dulu khusyu' sampai anak panah landing kat kaki pun tak sedar..dah habis bagi salam baru pengsan..nak dibandingkan dengan kita..ya Allah..tingginya darjat para sahabat dulu kan..Actually,orang-orang Arab ni memang kasar sikit dan bersuara kuat..tapi hati baik maa =) Nak buat macam mana,itu budaya mereka..kita jangan la condemn pulak..terima mereka seadanya..lagipun,kita di tempat mereka..bak kata Along aku,jangan buat onar..

Hari Jumaat..muslimat2 semua konpius..nak pi ke tak nak solat Jumaat..dah la tak penah buat..tak la reti sangat..anyway,jom la!Kat sini la first time aku merasa solat Jumaat..tapi time khutbah tu aku tak paham la..depa cakap Arab..tapi dengar je la..

Hari Sabtu..masa untuk berziarah! Kali ni Ustaz Zainullah yang iring conduct ziarah kami.Mula-mula kami dibawa ke Gua Thur.Nak panjat bole tapi kena bertolak Subuh2 lagi.Sebab nak naik lebih kurang sejam setengah.Nak turun lagi sejam setengah.Sape2 yang mude lagi bertenaga tu,jangan lepaskan peluang untuk daki Jabal Thur nie.

Gua Thur,gua yang menjadi saksi kesetiaan Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah s.a.w. Waktu itu,pihak Quraisy telah merancang untuk membunuh Baginda.Kuasa Allah,Baginda telah mendapat khabar berita mengenai rancangan pihak Quraisy.Lalu,Allah memerintahkan Baginda supaya berhijrah ke Madinah.Namun,malam itu pihak Quraisy telah pun mengepung rumah Baginda.Mujurlah Allah mengilhamkan Baginda untuk memanggil Saidina Ali.Untuk apa?Untuk menggantikan Baginda di tempat tidurNya.Baginda perlu keluar malam itu juga.Tapi pihak Quraisy sudah mengepung rumah Baginda.Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa.Pihak Quraisy yang tadinya berkobar-kobar untuk mengepung lalu membunuh Rasululllah tiba-tiba dibuai rasa mengantuk yang amat sangat.Lalu mereka tertidur.Rasulullah s.a.w. terus keluar dengan bantuan Allah menuju ke Madinah tanpa disedari oleh kumpulan pengepung Quraisy.

"Dan kami jadikan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding dan Kami tutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat." (Yaasin:9)

Setelah beberapa ketika,pihak Quraisy mula tersedar daripada tidur mereka yang nyenyak.Dan mereka tertanya-tanya.Apakah Muhammad berada di dalam rumahnya?Mereka yakin Muhammad pasti masih berada dalam rumahnya.Tanpa menunggu lagi,mereka terus merempuh rumah Baginda dan mendapati ada seseorang di atas tempat tidurnya.Namun,itu bukan Muhammad!Yang mereka dapati ialah Saidina Ali.Mustahil!Bagaimana Muhammad boleh melepasi kepungan tanpa mereka sedari?Semuanya dengan bantuan Allah.

Pihak Quraisy bengang.Lalu,hadiah yang lumayan ditawarkan bagi sesiapa yang dapat menemui Muhammad.Barang siapa yang berjaya membawa Muhammad balik ke Makkah,100 ekor unta habuannya.Barang siapa yang berjaya membawa pulang kepala Muhammad,100 ekor unta habuannya.Ganjaran yang lumayan,siapa yang tidak terdorong untuk mencari Muhammad.

Madinah terletak di utara Makkah.Jadi mereka yakin Rasulullah pasti mengikut jalan ke utara.Namun,kegagalan yang mereka temui.Mereka teruskan pencarian ke barat.Sekali lagi,mereka gagal.Tapi putus asa tiada dalam kamus pihak Quraisy terutamanya dalam usaha menghancurkan Islam.Kini timur pula menjadi sasaran.Tapi jejak Rasulullah tetap juga tidak ditemui.Kemana agaknya Muhammad menuju?Dia mahu ke Madinah dan hanya inilah jalan untuk ke Madinah.Mustahil dia ke selatan.Namun,itulah yang Rasulullah lakukan.Baginda menuju ke Gua Thur yang terletak di selatan Makkah.Sengaja Rasulullah mengambil jalan ke belakang,untuk mengelirukan pihak Quraisy dan ternyata ianya berjaya.Pihak Quraisy ragu-ragu,perlukah mereka ke selatan untuk menjejaki Muhammad?Akhirnya mereka buat keputusan,mereka akan ke selatan dan akhirnya mereka menemui sebuah gua di puncak sebuah bukit.Ada setengah yang berkata,aku yakin Muhammad berada di dalam gua ini.Ada setengah yang membantah,mana mungkin Muhammad berada di dalam,lihat saja sarang burung dan sarang labah-labah di luar ini.Jika Muhammad di dalam,pasti burung ini tidak berumah di sini.Dan sarang labah-labah ini pasti hancur rosak.Bagaimana kita hendak buktikan Muhammad ada di dalam atau tidak?Ada yang memberi cadangan,kita baling sebiji batu ke dalam,jika bunyinya 'ting',maka Muhammad tiada di dalam.Jika bunyinya 'tup',maka Muhammad pasti di dalam.Lalu,dibalingnya sebiji batu.Bunyinya 'tup'.Pihak Quraisy buntu.Ternyata Muhammad tiada di dalam.Kita sudah kehilangan jejaknya.Dan Rasulullah s.a.w meneruskan perjalanan ke Madinah bersama sahabat setianya,Abu Bakar.

Sedikit cerita yang dapat aku kongsi bersama..aku tahu most of you da mafhum cerita ni tapi kita sama-sama share =)

Next destination,Jabal Nur.Di Jabal Nur ni terletak Gua Hira',gua tempat Rasulullah beruzlah.Kenapa Jabal NUR?Mungkin kerana di sini juga tempat turunnya wahyu yang pertama.Dan dari segi fizikalnya,menurut Ustaz Zainullah,bukit ni sedikit cerah berbanding bukit-bukit yang lain.Sesape yang nak naik,pun bole naik jugak untuk tengok rupe Gua Hira'.Tapi same jugak la macam Gua Thur tadi.It takes time untuk naik sane.

Then,kami teruskan perjalanan ke Arafah dan Jabal Rahmah.Dulu tanah Arafah kering kontang,sekarang dah ade pokok.Turun di Jabal Rahmah,unta berhias menyambut kami."Khomsah riyal!Khomsah riyal!" Teringin je nak naik tapi..gayat..^_^..Jabal Rahmah ni tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah mereka diturunkan ke dunia.Dikatakan tempoh pencarian mereka adalah selama 100 tahun.Lame tuuuu...

Seterusnya kami menuju ke Mina.Tapi kat sini tak turun la,juz lalu je untuk tengok kawasan Mina.Ade yang sebut Mina.Ada yang sebut Muna.Tapi ejaan dalam Arabnya sama jugak.Sebutan je lain.Disebut Muna yang bermaksud 'harapan' sebab dikatakan semasa Nabi Adam mencariHawa dan waktu itu Nabi Adam tiba di kawasan ni,Nabi Adam terdengar satu bisikan,"Kamu akan berjumpa dengan Hawa tidak lama lagi.".Dan bisikan itu telah memberi harapan kepada Nabi Adam bahawa dia akan bertemu dengan Hawa tidak lama lagi.Lalu,tempat ini diberi nama MUNA.Dan semestinya sahabatku Muna seronok mendengar cerita ini =) (klo tak seronok,ko buat2 seronok tau..he2)

2 B CONTINUE AGAIN


Wednesday, April 7, 2010

Kini Kembali =)

Syukur Alhamdulillah..50 orang group Hj Yunos a.k.a. abah aku selamat mendarat di KLIA jam 11.30 pagi(lebih kurang la..tak igt exact time).

Penat..memang penat sebab bertolak daripada Karachi jam 9.30 malam,flight pukul 2.50 pagi.Tido dalam flight mana nak lena.Sampai KLIA jam 11.30 pagi.Then naik bas ke Kuantan,sampai di Kuantan jam 8.00 malam.Solat2,terus ke Klinik Al-Farabi,jenguk akak aku yang baru bersalin tuh.Jam 10.00 baru la pulang ke rumah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KUANTAN + KLIA...

Jam 4 pagi kami dah bangun.Bersiap-siap untuk ke Masjid Afzan di Indera Mahkota 2.Malam tu Along & da Gang, K.Miza and Alya Qistina(AQ) tido kat umah aku, semata-mata nak hantar kami pagi ni.Jam 5.30 Along hantar kami ke masjid dan solat Subuh di situ.Sampai di sana,ramai waris-waris duk hantar family masing2 yang nak gi umrah.Meriah pulak rasa.Ni baru umrah,belum haji lagi.Kalau haji lagi meriah agaknye kan.

Bila dah habis solat and menuju ke bas, tiba-tiba ternampak pulak anak2 sedare aku duk tunggu kat luar.Ingatkan budak-budak kecik ni tak nak hantar kami,sebab tadi depa tido lagi.Terharu plak tengok diorang hantar.Dengan muke monyok2 lagi,air liur pun kat baju lagi.Hehe.Isk2.

Maka, bertolaklah kami semua ke KLIA.Ikut plannye,sampai di sana 4 jam lebih awal daripada sepatutnya, flight jam 3.00 petang, tapi ternyata, 4 jam pun tak cukup!Bukan sekejap nak uruskan semua.Nasib baik sempat jugak solat Zohor+Asar sebelum terbang.Terkejar-kejar semua.Makcik pakcik pun abeh semput2.Kesian kat depa.Takpe la makcik pakcik ea.Sekejap je bersemputnye =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
KARACHI,PAKISTAN...

Sampai di Karachi jam 8.40 malam(5.40 malam waktu Malaysia).Transit 1 hari di Karachi,Pakistan.First time jejak kaki kat sini.Merasa jugek kome ke luar negara.Hehe.Sampai je kat Airport Hotel Karachi nie,masuk je bilik,hah..nilah masanya nak merasa rehat yang secukupnya.Esok flight pukul 6 petang.Pukul 2.30 dah mesti kena gerak ke airport da.Dan perjalanan masih lagi panjang.Jadi,bersedialah...

Makanya...

Zzzzz.....

Ok,bangun!Jom lunch!
(wah,tengahari baru bangun =))

After lunch,terus gerak ke airport.
Kat airport..MasyaAllah..panjang bebenor berbaris!Sebab ada 3 group umrah dari Malaysia yang transit sama dengan group kami kat Karachi ni.Nak di'best'kan cerita lagi,sistem untuk cop passport kat airport Karachi ni ada 1 je!Tapi tak mengapa,tarbiah ruhiyah(sementara menunggu bolehla berzikir)..tarbiah jasadiyah(berdiri almost 1 hour)..tarbiah 'aqliyah(strategi:bagi chance pada warga emas untuk berada di hadapan,warga tak berapa emas di belakang)..

Sabar itu separuh daripada iman...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JEDDAH,ARAB SAUDI...

Tiba di Jeddah lebih kurang jam 11.Sangat ramai orang yang berpusu-pusu di imigresen.Nasib baik kat sini sistemnya lebih daripada 1.Kalau ada 1 je,parak la kan.Alhamdulillah,urusan di sini clean & clear.Tiada kelemumur dan tiada gatal-gatal (er,maksud di sini,tak la lama sangat nak lepas imigresen).

Di Jeddah,Ustaz Zainullah sudah menanti group kami.Dia merupakan contact person group kami di Makkah.Then, dia bawa kami semua menuju ke bas dan bertolak ke Madinah.Perjalanan ke Madinah mengambil masa lebih kurang 6 jam.Sepanjang perjalanan,Alhamdulillah semuanya selamat dan lancar.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MADINAH...

Alhamdulillah..tiba juga di Madinah lebih kurang jam 4.30 pagi..lalu,doa masuk ke kota Madinah dibacakan..

"Ya Allah Ya Tuhanku, negeri ini adalah tanah haram Rasul Muhammad s.a.w.,maka jadikanlah ia penjaga bagiku dari neraka, aman dari seksa dan penghisaban yang buruk di hari kemudian."

Terpinga-pinga aku,tak percaya rasanya aku kini berada di kota Madinah..sebuah kota yang amat menyaksikan perjuangan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat..susah untuk aku percaya..tapi..kini..aku sudah di sini..

Ya Rasulullah,aku hampir sekali denganMu..

********************************************************
Kami menginap di Hotel Dayar Taiba..berdekatan dengan Masjid Nabawi..dan bilik aku..bertentangan dengan perkuburan Baqi'..jelas nampak dari tingkap bilik aku..memandangkan perempuan tidak dibenarkan masuk ke dalam perkuburan tu,aku dan mak aku berdoa untuk ahli Baqi' dari bilik saja..


(Perkuburan Baqi',amik dari tingkap bilik)


(Kebiasaannya mereka melawat Baqi' selepas Subuh dan Asar..masa tu memang ramai orang..masa gambar ni diambil,dah nak dekat jam 8 dah)

Selepas solat Subuh dan sarapan,kami dibawa untuk round masjid untuk kenal jalan supaya tidak la sesat nanti.Sampai di masjid,the first thing yang kami buat,memberi salam kepada Rasulullah..tapi dari luar masjid saja lah.Sebak rasa..seakan tidak percaya telah diberi izin oleh Allah untuk menziarahi makam Rasulullah yang tercinta.

"Assalamualaika Ya Rasulullah,Assalamualaika Ya Nabiyyallah,Assalamualaika Ya Sofwata Khalqillah..."

ZIARAH KOTA MADINAH
Hari Selasa, masa untuk ziarah Kota Madinah.Walaupun ada sedikit masalah mengenai bas,tapi Alhamdulillah,dapat disettlekan.Maka berangkatlah kami dengan menggunakan perkhidmatan Ust Daud sebagai penterjemah driver bas,ke destinasi pertama,yang juga merupakan yang pertama,iaitu Masjid Quba',masjid yang pertama dibina oleh Rasulullah s.a.w. di Kota Madinah.Ziarah sekadar sempat untuk solat sunat tahiyatul masjid saja.Masa yang diberi hanya 15 minit sebab banyak lagi tempat yang kami akan singgah.

Seterusnya,ke Masjid Qiblatain.Diriwayatkan para sahabat sering bertanya kepada Rasulullah,mengapa kiblat ke Masjidil Aqsa,bukan Kaabah.Rasulullah tidak tahu apa yang perlu dijawab kepada para sahabat,Rasulullah hanya diam sahaja.Dan satu ketika,Rasulullah s.a.w. sedang bersolat Zohor di masjid ini bersama para sahabat.Lalu,turunlah ayat di mana Allah memerintahkan supaya memalingkan muka ke Masjidil Haram (QS 2:144).Waktu itu mereka sedang dalam rakaat yang kedua.Rasulullah berhenti seketika lalu memusingkan badan baginda ke belakang menghala ke Masjidil Haram.Para sahabat ikut turut berpusing dan membuka ruang kepada Baginda s.a.w. untuk ke hadapan selaku imam.Dan mereka meneruskan lagi dua rakaat berkiblatkan Kaabah.

Next!Kami bakal menyaksikan satu daripada medan peperangan iaitu Khandak.Tapi kawasan Khandak kini telah dibangunkan menjadi jalan...So,dah takde la paritnya tu.Even Khandak dah jadi jalan,kawasan itu tetap menyimpan sejarah dalam dunia Islam.

Kami meneruskan lagi perjalanan ke Jabal Uhud.Tapi tiba-tiba driver tu stop kat kilang pembungkusan kurma.Apakah?!Rasanya takde dalam list destinasi kami.Rupanya MISCOMMUNICATION(feveret word MRC=p) daaa..Driver tu ingat kami nak gi pasar kurma yang ni,padahal kami nak gi Pasar Kurma Bir Uthman.Takpe2,sume da setel =).Back to our destination,Jabal Uhud.Ni pun salah satu medan peperangan yang agak famous jugak.Menurut driver tu,Jabal Uhud ni lain sikit daripada bukit-bukit yang lain kat Madinah ni.Katanya,bukit Uhud ni sedikit kemerah-merahan.Erm,kenapakah ye?Mungkin dek kerana darah-darah para syuhada yang membasahi bukit tu.Wallahua'lam.Di sini juge kami melawat Maqam Saidina Hamzah r.a. dan para syuhada' Uhud.

Dan kini,kami menuju ke Pasar Kurma Bir Uthman!Opss..excited nampak..hehe..ni lah tempat yang selalu orang beli kurma secara berkotak-kotak.Group kami juga tak melepaskan peluang.Menurut abah aku,kalau nak beli kurma,better beli kat Madinah sebab lagi fresh.Kalau kat Makkah,yang tak berapa fresh da.So,apa lagi kan (^_^)

Masjid Quba'

Masjid Qiblatain

Keesokan harinya,kami akan berangkat ke Makkah untuk menunaikan umrah.
Sedih..pilu..sebak..saat nak meninggalkan Masjid Nabawi,tak sanggup rasanya untuk memalingkan pandangan daripada Masjid Nabawi.Mana tidaknya,setelah 3 hari kami berada sangat hampir dengan Rasulullah s.a.w.,setiap hari kami melalui maqam Baginda,setiap hari kami memberi salam kepada Baginda..

'Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala aalihi wasohbihi wasallam'

Kami berangkat ke Masjid Bir 'Ali untuk bermiqat di sana,Masjid Bir 'Ali merupakan tempat miqat untuk ahli Madinah.Selesai solat sunat tahiyatul masjid,solat sunat ihram,niat ihram,yang musliminnya lengkap berpakaian ihram,yang muslimatnya lengkap bertelekung..kami pun berangkat ke Makkah dengan laungan talbiah dan dalam pantang larang ihram..

'Labbaikallahumma labbaik..Labbaika la syarika laka labbaik..Innal hamda wan ni'mata laka wal mulk laa syarika lak..'

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
MAKKAH...

Perjalanan ke Kota Makkah dengan bas mengambil masa lebih kurang 4 ke 5 jam.Agak penat duduk dalam bas almost 5 hours.Bas ke Kuantan pun 3 jam je,tak la penat sangat.Tapi masa terluang,isilah dengan benda yang sepatutnya kan =)

Akhirnya,hampir jam 4 kami memasuki Kota Makkah.Alhamdulillah..Lalu kat Tan'im,tempat miqat ahli Makkah yang terdekat dengan Masjidil Haram dan terus menuju ke hotel kami.Orangnya,masyaAllah! Sangat Ramai! Seakan-akan musim haji pulak gayanya..dan aku agak serun dengan gaya orang Arab bawak kereta..tak sanggup nak tengok..

Sampai di hotel,lepas abah dah siap bahagi bilik semua,kami terus ke Masjidil Haram untuk tawaf.First time aku jejak kaki kat sini,bersyukur yang amat.Akhirnya dapat aku melangkah ke dalam Masjidil Haram.Dan,akhirnya,aku dapat melihat Kaabah....Alhamdulillah....

Lepas Maghrib,aku n parents teruskan saie pulak.Nampak macam dekat,rupanya jauh jugak.Penat jugak kaki ni rasa.Ini dalam aircond,lantai marmar,siap ade tong air zam-zam kat kiri kanan,jalan pun berlenggang je.Nak dibandingkan dengan Siti Hajar yang berlari-lari anak,panas,dengan laparnye,air zam-zam pun takde lagi masa tu..Allah..jauh bezanya dengan kita.. ~malu..malu~

Alhamdulillah,selesai umrahku yang pertama..semoga Allah terima ibadah kita..



2 BE CONTINUE...