Wednesday, December 15, 2010

Seorang Ayah dan 3 Orang Anaknya


Hidup bermuafakat membawa berkat. Indahnya makhluk ciptaan Tuhan, ada fungsinya tersendiri. Lihat saja pada food web. Sudah fitrahnya, ada producer & consumer, prey & predator.

Tapikan En. Nyamuk, udah-udahlah gigit saya. Ramai dah kaum Encik yang syahid nih. Teman2 lain rileeeeek je tido. Aduhai..........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Back to the story,
ini kisah mengenai seorang bapa yang tunggal lagi tua malah tidak bermaya yang bernama Man. Pak Man tinggal bersama 3 orang anaknya di sebuah kampung. Pak Man seorang bapa yang baik, cuma SATU je. Kasih sayangnya tidak sama rata.

Pak Man tersangat-sangatlah sangat menyayangi anaknya yang pertama, Har hinggakan Har hendak keluar rumah pun tak dibenarkannya. Paling jauh Har ini dibawa berjalan ialah setakat muka pintu je. Punyelah sayang, orang lain nak tengok pun tak boleh.

Anak kedua ini pula, Sau sayang juga. Cuma kureng sikit je tahap kesayangannya berbanding yang pertama. Kira tahap sederhana laa. Sau ni pulak dia bagi la lepas sikit untuk keluar rumah tapinya setakat hujung kampung je. Tak lebih semeter mahupun seinci daripada itu. Kire orang kampung kenal la jugak Sau ni.

Masuk anak yang ketiga pulak, Am , memang tak tahulah nak kata tahap apa sayang die ni.  Mungkin sayangnya tu sebesar biji sawi je. Jadinya, si bapa ni tak berapa nak kisah la dengan Am nie. Bak kata orang muda-muda," Ade aku kisah???". Lebih kurang begitulah. Maka, si Am ni seluruh negeri sudah dijejaknya tanpa dihiraukan oleh Pak Man.

Satu hari, tiba-tiba Pak  Man mendapat perintah daripada Raja supaya menghadap Raja di istananya A.S.A.P. Teramatlah cuak Pak Man. Tak berani dia hendak menghadap sorang-sorang. Maka, dengan penuh harapan, Pak Man meminta tolong daripada anak kesayangannya,Har.

"Har, bawak bapak pergi menghadap Raja ye Har."

"Boleh bapak. Tapikan bapak, Har boleh hantar sampai ke pintu rumah je. Manalah Har tahu jalan-jalan kat luar. Kan bapak tak pernah bawak Har jalan-jalan keluar rumah."

Agak kecewa hati Pak Man kerana anak emasnya tidak boleh menemaninya bertemu sang Raja.

Kemudian, Pak Man pergi pula kepada anak keduanya, Sau.

"Sau, temankan bapak pergi menghadap Raja."

"Oh, boleh bapak. Tapi, Sau tahu jalan sampai hujung kampung je la. Sau kan tak pernah dibawa ke luar daripada kampung."

Sekali lagi Pak Man hampa. Tinggal satu sahaja lagi tempat dia bergantung harap. Walaupun hatinya nak tak nak. La budda, kena jugak la minta tolong anaknya yang seorang lagi tu.

"Am, boleh ke bawak bapak pergi menghadap Raja?"

"Oh, kat istana dia ke pak? Boleh je. Am tahu jalannya."

Lega hati Pak Man. Ada juga Am yang boleh membawanya.

Maka berangkatlah Pak Man diiringi Har hingga muka pintu. Dihantarnya pula oleh Sau ke hujung kampung. Seterusnya Pak Man ditemani Am menuju ke istana. Meredah hutan belantara. Menyeberang alur sungai.

Ditakdir Tuhan, dalam perjalanan, sampan yang Pak Man dan Am naiki, karam di tengah sungai. Meninggallah Pak Man bersama Am, anak yang kurang kasih sayang daripada ayahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pak Man @ Manusia
Har @ Harta Benda
Sau @ Saudara Mara & Keluarga
Am @ Amal Soleh
Raja @ Tuhan Yang Maha Esa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Manusia
hamba yang lemah. Penuh dosa. Serba serbi hina. Mudah tunduk pada pujukan dunia. Mudah alpa daripada mengingati si Dia.

Harta Benda
takkan pernah puas dicari selagi umur masih ada. Namun, di saat ajal datang, ia hanya tertinggal di dalam rumah. Tidak ada guna disimpan lama-lama, jika tidak ada sahamnya di Akhirat.

Saudara Mara & Keluarga
cinta pada suami/isteri, anak-anak, ibu ayah, terkadang melebihi daripada cinta buat Rasul dan Tuhan. Namun, di kala diri tiada lagi bernyawa, hingga ke liang lahad sahaja mereka bersama.

Amal Soleh
setia menemani ke mana sahaja. Hingga ke mati. Walaupun sedikit, andai istiqamah, pasti ada tempias cahayanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.”
Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?”
Bersabda Nabi:
“Cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Imam  Abu Daud)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#kisah ini diceritakan oleh seorang teman seperjuangan. Terima kasih Najihah Abu Bakar atas perkongsian =)

Sunday, December 12, 2010

Selawat Bergema



Alhamdulillah..
Kami selamat pergi dan selamat pulang..


Berpeluang juga diri ini untuk duduk dalam majlis sebegini. Setelah beberapa minggu yang agak menekan jiwa dan raga, fizikal dan mental, majlis ini yang sekejap cuma, cukup menenangkan. Tak sia-sia, insyaAllah.


3.50 petang
27 orang muslimat bertolak menaiki bas bersama beberapa muslimin sebagai penunjuk arah. Bas ke Stesen Universiti, LRT ke Pasar Seni, Sepasang Kaki ke Masjid Negara. Berhenti solat Asar. Dan perut amatlah lapar. Tapi takpe, kami bersabar~


5.00 petang
Bergerak keluar dari Masjid Negara. Menuju ke Pusat Islam, bertentangan dengan Masjid Negara. Mendaki anak tangga 3 bukit. Dengan perut bergendang(perlu ke???). Lalu duduk menanti program bermula.


5.40 petang
Alunan selawat bermula. Terus menerus. Walaupun hadirin hadiratnya tidaklah seramai mana. Tapi sudah cukup untuk bergema(ada microphone ^^). Bergema di dataran TV Al-Hijrah. Bersambung dengan Wirdul Lathif. Tak terasa masa berlalu. Dah nak maghrib rupanya. Program ditangguhkan. Pihak penganjur mengingatkan,"Kita berhenti seketika untuk Maghrib dan Isya. Jangan lupa datang balik. Akan ada bacaan maulid bersama Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid dan sedikit ceramah dari beliau." Hadirin hadirat bergerak. Dan, perut kami terus galak minta diisi. Sabarlah duhai perut.....


7.30 malam
Impian perut kami menjadi kenyataan! Kaki laju melangkah ke kedai mamak seberang 2 jalan. Alhamdulillah. Indah menikmati rezeki dari Ilahi.


8.30 malam
Bergegas ke Masjid Negara kembali untuk solat Isya. Nasib baik energy level dah diupgrade. Laju sikit gerak.


9.23 malam(macam meeting pulak)
Sudah tiba kembali ke dataran TV Al-Hijrah. Mak aii! Awat macam ada shooting pulak ni? Rupanya memang ada rakaman. Tak menahu la pulak. Mujur bukan siaran langsung. Kalau siaran langsung lagilah leceh.


Pilih port baik punya. Depan sekali la kan. Kaum muslimat tak seramai kaum muslimin. So, banyak je port kosong. Kelihatan Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid di atas stage. Bacaan maulid bermula.....


Hadirin hadirat khusyuk. Hanyut dalam bacaan...................................


TAMAT RAKAMAN


Tapi program tak tamat lagi...


Sedikit tausiyah daripada AlHabib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid yang sempat tercatat...


1. Wasiat Baginda kepada para sahabat,"Ajarkan kepada anak-anakmu 3 perkara. Ajarkan mereka cinta akan Nabi mereka. Ajarkan mereka cinta akan keluarga Nabi mereka. Ajarkan mereka membaca Al-Quran."


2. Cintailah Rasulullah SAW

  • Cinta adalah satu perasaan dalam hati, yang bila dia cinta akan seseorang, akan terzahir rasa cinta itu melalui perlakuannya.
  • Al-Habib menceritakan kisah seorang badwi yang ketika Nabi SAW berkhutbah, dia memotong khutbah Baginda lalu bertanya,"Bilakah As-Sa'ah(hari Qiamat)?". Para sahabat mulai bising kerana ada yang berani memotong khutbah Baginda SAW. Lalu Baginda bertanya kepada badwi tadi,"Apa yang sudah kamu sediakan untuk menghadapi As-Sa'ah yang kamu tanyakan itu?". Si badwi menjawab,"Aku tak banyak amal yang aku buat kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan kecuali hati dan sanubariku ini dipenuhi dengan cinta Allah dan Rasul-Nya." Kemudian, Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya, kamu akan dikumpulkan bersama orang yang kamu cintai."
  • Contohilah bagaimana para sahabat mencintai Rasulullah SAW. Abu Sufyan pernah berkata,"Aku tidak pernah melihat seseorang cinta akan seseorang yang lain seperti para sahabat mencintai Muhammad SAW."

3. Bagaimana mahu mengajar anak-anak cinta akan Rasulullah SAW?

  • Bacakan kitab sirah Nabi SAW
  • Bacakan maulid Nabi SAW
  • Meneladani akhlak Baginda SAW
  • Banyakkan berselawat
12.10 am
Hadirin hadirat bergerak pulang. Kaki melangkah mencari teksi. Sebelum tu, sempat lagi tangan menggapai sebungkus nasi lemak free =)


 Mengisi masa terluang...

 Ma'thurat selepas 'Asar

Dataran TV Al-Hijrah

 Luar Pusat Islam

 Kuala Lumpur Berselawat

 Amer Munawer Yusuf dan Muadz selaku pengacara

 Qiyam, Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid di tengah

Antara hadirin hadirat yang hadir





NABI SAW CINTA AKAN UMATNYA..
KITA PULA???

JOM CINTA NABI SAW!

p/s: LAIN cerita di malam tadi.

Friday, December 3, 2010

Selesai Satu Kempen


Alhamdulillah...
Lama jugak post ni ter'postpone'..
La ni baru la nak publish..


YOUTH AWARENESS CAMPAIGN
Walaupun dah dua minggu event ni berlalu(takdelah lame mana..), tapi tak kire, nak cerita jugak pasal event nie. Kempen Kesedaran Remaja..sedap nama program nih. Program yang bercita-cita tinggi. Ingin 'mengetuk' mahasiswa aliran sains yang juga masih remaja di CFS. Supaya tersedar dari mimpi.


~~~~~~~~~~~~~~~
Bicara Siswa : Sekolah Harapan
~~~~~~~~~~~~~~~

Kami mulakan 'ketukan' kami dengan Bicara Siswa dengan tajuk yang dirasakan 'hangat', Sekolah Harapan: Solusi Bukan Sekadar Ilusi. Ya! Memang 'hangat' sambutan yang diterima pada malam itu. Hingga membuatkan committee bertungkus lumus mengangkat kerusi.



Kaum sisters

Kaum brothers

Panelis mantap! Moderator juga!

Committee maintain.....

Hangat bukan??? Kebetulan, Bicara Siswa ni clash dengan replacement classes. Membuatkan mahasiswa CFS dalam dilema, Bicara Siswa atau Bicara Pensyarah...mestilah gi kelas kan. Jika tidak, mesti AMF dah penuh dengan mahasiswa yang alert. (ayat sedap hati)

~~~~~~~~~~~~~~
Jadi Remaja Seronok Ke?
~~~~~~~~~~~~~~

Misi 'mengetuk' diteruskan dengan membawa trainer terkenal, Saudara Fadzli Yusuf. Membawa remaja mengenali diri. Siapakah yang digelar remaja? Yang berTENAGA, yang IMAGINATIF. Dan anak-anak CFS perlu sedar, dengan izin Allah, remajalah yang berKUASA mengubah dunia. Bukan hanya mengubah keluarga, malah masyarakat, negara, bahkan DUNIA! Contoh sudah cukup banyak yang Allah dah tunjukkan. Saidina Ali Abi Talib, Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Imam Hasan Al-Banna dll. Dan kerana itulah, remaja-remaja Muslim diseru, dalam erti kata lain, memang wajib ah, praktikkanlah nilai-nilai Islam dalam diri. Apalah guna title Muslim jika tidak ada langsung rupa macam Muslim....

Tadi asal korang tak lompat ha? Kata bertenaga.................

Kacang je adik-adik. Petik jari pun boleh!

Alhamdulillah, kelihatan remaja2 CFS sungguh aktif dalam sesi bersama Fadzli Yusuf. Satu perkembangan yang positif. Nampanya graf semakin menaik daripada semalam. Kita lihat esok pula ye. Harapnya graf semangat anak-anak CFS ni makin menaik...

~~~~~~~~~~~~~~~
Pillow Talk : Kahwin Muda
~~~~~~~~~~~~~~~
Okay, memang jelas. Semangat anak-anak CFS ni makin membuak-buak. Mungkin mereka sudah 'terketuk'. Atau mungkin kerana Kahwin Muda? =)

Saya kira anak-anak CFS berasa mereka bertanggungjawab untuk mengubah DUNIA. Lalu mereka mahu memulakan dengan peringkat KELUARGA dahulu. Dan itu sangat jelas pada malam Kahwin Muda ni.

Mendamba ilmu para suami

Ingin menjadi isteri solehah

Ceria sekali tetamu undangan bertandang ke 'rumah' moderator

Gabungan panelis-panelis mantap. Ustaz Che Majid, penyair terkenal UIA, Saudara Huzaifah, baru bergelar suami bulan Februari 2010, dan Ustazah Mardiana, menjadi isteri pada umur 23 tahun. Dan tidak lupa, moderator yang juga punya bakat bersajak. 


Antara perkara menarik yang timbul, nikah khitbah. Orang Melayu kata nikah gantung. Sememangnya nikah salah satu jalan untuk kita menghalalkan hubungan. Daripada berterusan buat maksiat, baik nikah. Tapi perlu jelas, nikah ini adalah satu tanggungjawab berat. Matlamatnya besar.

Fardul Muslim -> Baitul Muslim -> Mujtama' Muslim -> Daulah Islamiah -> Khilafah Islamiah

Apa yang penting, redha Allah menjadi matlamat utama. Bukan sekadar hanya memenuhi keperluan seksual semata-mata. Apa-apa pun, Islam itu mudah. Pasti ada jalan penyelesaian untuk semua perkara. Itulah indahnya Islam =)

Wednesday, December 1, 2010

Doa Buat Teman



Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cinta-Mu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
Kekalkanlah cintanya
Tunjukilah jalan-jalannya

Terangilah dengan cahaya-Mu
Yang tiada pernah padam
Ya Rabbi, bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
Dengan karunia iman
Dan indahnya tawakal pada-Mu
Hidupkan dengan ma'rifat-Mu
Matikan dalam syahid di jalan-Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


.: Izzatul Islam - Doa Rabithah :.


~ KHAS BUAT SEMUA RAKAN SEPERJUANGAN DAN SAHABAT ~
SEMOGA HATI KITA DITETAPKAN DI JALAN INI (",)b