Tuesday, June 30, 2009

Anggaplah Ini Hari Terakhir Kita...


Dalam usia kita yang muda ini,sweet nineteen kononnya,seringkali kita lupa yang MAUT tidak mengira usia dan masa. Andainya esok waktunya, maka esoklah terputusnya segala hubungan kita dengan apa yang kita ‘miliki’ di dunia ini, tiada lagi ibu dan ayah yang kita sayangi, tiada lagi rumah yang kita diami, tiada lagi Sony Ericsson, tiada lagi Acer, tiada lagi $$$, dah takde apa yang nak ikut kita tinggal dalam rumah warna coklat tu, namun Allah itu Maha Belas Kasihan, amal jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh menjadi saham buat kita setelah kita tiada.
Hakikatnya, ZIKRUL MAUT menjadi formula yang paling tepat sekali dalam usaha untuk mencapai khusyu’ dalam ibadah kita. Bukan sahaja dalam ibadah, malah dalam mengabdikan seluruh kehidupan ini khusus buat-Nya.


Anggaplah hari ini hari terkahir kita, anggaplah solat ini solat terakhir kita, anggaplah puasa ini puasa terakhir kita, anggaplah bakti ini bakti kita yang terakhir buat ibu bapa kita, anggaplah kita tidak punya masa lagi untuk melakukan ibadah selepas ini...

Alangkah ruginya, bila kita menghadap-Nya tanpa apa-apa bekalan sedangkan kita telah diberi peluang yang rasanya cukup lama di dunia ini untuk melaksanakannya...apa yang kita nak present depan Pencipta kita nanti???Bersediakah kita???

Sekadar muhasabah diri..perbanyakkanlah istighfar..mengenangkan dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak..hakikatnya kita ini hamba yang lemah..tidak mampu menangkis godaan-godaaan syaitan yang tidak putus-putus membisikkan manifesto mereka di telinga kita..Rasulullah s.a.w. sendiri yang telah dijamin syurga baginya,baginda melafazkan taubat 70 hingga 100 kali..sedangkan kita???



Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
“Barangsiapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur:
ASTAGHFIRULLAHALAZIM, ALLAZI LA ILAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM, WA ATUBU ILAIH
maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walau sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)

Mengapa Rasulullah SAW menggalakkan umatnya beristighfar sebelum tidur?Tidur itu orang kata mati kecil. Dalam erti kata lain, semasa kita tidur, kita seolah-olah mati, tidak sedar apa-apa. Boleh jadi tidur itu tidur kita yang terakhir, tidak mungkin kita sedar untuk esok hari. Mintalah ampun dan bertaubatlah selagi kita masih ada masa...



“Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu.
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.
Ampunkan dosaku terimalah taubatku.

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.”




Monday, June 29, 2009

Iftor DQ

Tengah berkumpul dengan sahabiah DQ kat surau groundfloor KC...

Next stories will be coming....

One or one and half year???

Satu persoalan yang sentiasa bermain di fikiran classmates aku termasuklah aku sendiri..agak serba salah nak meneruskan pembelajaran dalam program setahun kerana aku lebih mengetahui tahap mana yang aku mampu pergi..program setahun agak berat bagi aku sebenarnya..dengan contact hour 28..campur dengan kelas-kelas tambahan memandangkan kami ni 2nd intake..so banyak kelas yang dah ter'miss'..kena replace balik la kan..aku rase agak berat..bukan agak..memang berat sebenarnya..kelam kabut nak kejar yang tu..nak kejar yang ni..

Akhirnya, department mengeluarkan satu notis bahawa semua pelajar program setahun dikehendaki untuk mengisi borang setuju atau tidak setuju untuk berada dalam program setahun..mestilah aku isi tak setuju!Tapi kebetulan hari Jumaat tu aku sakit la pulak..so terlambat hantar borang..classmate aku semua dah settle dah..isk3 (T_T)


Anyway,hari ni aku follow up balik permohonan aku tu..dengan semangat wajanya aku menuju ke HMS Department pada jam 9.10 pagi. Namun...HMS tutup!!!aduh..down sekejap..tapi takpe..pas kelas kang aku datang balik..sepanjang nak gi kelas tu, tak keruan rase..dok pikir je pasal nak drop subjek..sabo Pqah..ade hikmahnye..

Selepas menghadapi BTQ selama sejam dan BIO selama 2 jam,sekali lagi dengan semangat wibawanya aku menuju ke HMS sambil ditemani Acu..Alhamdulillah!!Rantai yang tadinya melilit di pintu HMS kini sudah terlerai..pintu itu ku buka..udara nyaman menyapa wajahku..aku berpaling ke kaunter..KOSONG!!Sekali lagi aku hampa..tiba-tiba..

“Yes sister?”
'Oh,ade orang rupenye =)'
“Saya nak tanya pasal borang mintak extend tu,”
“Oh borang tu.Em akak tak tahu la pasal tu dik.Lagipun PA cuti,”
'Cuti la pulak.........'
“Oh takpe la kak.Saya datang esok la,”(dengan muke seposennya dan terus berlalu ke pintu)
“Eh kejap.Borang tu macam mana?Meh akak gode2 jap,”

Ha..peluang baik..

“Borang tu macam ni kak...bla...bla..bla..”
“Mana ye..”
“Ha kak.Tu borang saya.Tapi Head tak sign lagiiii.....”
“Nampak gaye adik kena datang esok la.”
“Takpe la kak.Thank you.”

Sedih..memang sedih..aku pun tak tahu la nape aku sedih sangat..mungkin sebab aku meletakkan harapan yang terlalu tinggi tadi..walau apa pun..aku menghargai usaha akak tadi tu..thanks a lot kak..!

Moral yang aku dapat daripada peristiwa aku tadi..usahlah meletakkan harapan yang terlalu tinggi atas sesuatu perkara..mungkin perkara yang kita suka bukanlah perkara yang terbaik buat kita..begitu jua sebaliknya..Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud,

”...tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu lebih baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”
Tengoklah ape keputusan esok..sama ada permohonan aku still valid or rejected..insyaAllah aku redha dengan mana-mana yang Allah kurniakan..

apa yang penting?!
MARDHOTILLAH...

anyway,kerjasama pun penting jugak =)

~keredhaanNya adlah yang UTAMA!!!~

Sunday, June 28, 2009

In-House Training

Just back from In-House Training in Mahallah Khadijah..da la datang lambat tadi..aku betul-betul terlupa yang hari ni ada In-House Training..tengah sedap duk lipat baju tadi Sis Maryam as the President hantar mesej.

“Salam, all mrcs are compulsary 2 come 2 the groundfloor musolla now.!”

Aduh..!(sambil tepuk dahi) Macam mana boleh terlupe ni?Ish2..ape lagi..bersiap tahap express la..terus gi turun ke musolla gf..

Masuk-masuk je..semua tengah buat group..alamak..group ape plak nie..tanya Izati,die kate buat group ikut level..aku pun berkejar la ke group level 5..tengok-tengok kat depan aku group MRC..aik??nak ikut yang mane satu nie??haa..kan dah konfius..datang lambat punye pasal..

Lastly,aku masuk group MRC la..

Then, ade briefing by Mdm Noraini about how to make the working paper. Erm, lebih kurang macam yang aku pernah buat kt DQ la..bezanya cume IN ENGLISH..lemah betol english-english ni..tapi takpe..BELAJAR..

Next briefing is about the budget by Mdm Ayu. The best part of the working paper..hehe..

Memang menarik sebab kewangan,insyaAllah,Finance Department boleh tanggung as long as the budget is not more than RM1000 and of course la,budget tu mesti ‘kena’ dengan program yang nak dianjurkan.

Berbeza dengan zaman kat DQ dulu..asal nak buat program je mesti kena cari sponsor..sape dapat unit sponsor tu memang mengucap panjang la..especially untuk program yang besar-besar..fuh,bulat mate tengok bajet..ni berdasarkan ape yang aku tengok la..aku tak pernah jadi unit sponsor..jadi bendahari pernah la..tapi same pening je unit sponsor dengan bendahari..

Seronok pulak mengimbau kenangan kt DQ..ce konon je..

OK!Back to the training..

Next slot is group binding. Each hisbah committe and the MRC have to decide what programme that they want to organize in the nearer time and do the working paper.

So, tadi we all bincang mengenai program untuk Ramadhan yang bakal tiba..macam-macam la kan..and for the Ihya Ramadhan,aku ditugaskan untuk unit Catering..dalam bahasa DQ,Unit Persegaran..

Teringat lagi kenangan di DQ..first program yang aku involve is Mubarak Gathering..dan taklifat aku adalah sebagai Unit Jamuan..memang best la!Biasa la kan,first time buat kerja macam ni..agak kelam kabut..lauk tak berhidang la..vip takde sudu la..air basuh tangan takde la..sudu garfu tak cukup la..waiter untuk vip takde la..dan macam-macam lagi..bile teringat, lawak pulak rasa..tapi rasa bersalah sebab tak buat tugas sebaik mungkin..mintak maaf banyak2 pengarah,timbalan pengarah!Anyway,dalam post mortem memang kena la..walau bagaimanapun,terima seikhlas hati..

OK..training dah habis..makan pun dah...
Lets get back to the kain-kain and the HOMEWORKS,of course...

Sports And Recreation????

Tak pernah aku bermimpi untuk melibatkan diri dalam mana-mana sports melainkan indoor game memandangkan aku ni semput orangnye..so x larat nak lari-lari nih..


Takdir Allah menentukan segalanya...


“ Head of Sports And Recreation..Nur Afiqah 095763..ok?”->Principle of MK, Mdm Sa’yah


Aku???



Sekadar tersenyum..



Dan mengangguk perlahan..



Seterusnya berfikir sambil menongkat dagu..

‘Tak pernah-pernah aku main sport..camne nie?’


“If you are not agree with the post, you can voice it out.”->Principle again


Hah! Peluang baik nie..!


Tapi....

Aku dilema..nak reject ke nak accept??????



Berfikir....



Berfikir....



Dan..



Terus berfikir....



Akhirnya....


Aku buat keputusan....


I’M GONNA TAKE THIS CHALLENGE!!!


Ape salahnya..aku boleh belajar benda baru..boleh dapat pengalaman baru..


Alhamdulillah..lega hati selepas dah buat keputusan..

InsyaAllah..i’ll try my best for Sports and Recreation..

Wah..it’s something really new for me..


Ya Allah,kuatkan hatiku dalam menjalankan amanah-Mu ini..

Semoga dakwah dapat juga tersebar melaluinya..

Amiinn...

Saturday, June 27, 2009

Indahnya Saat Itu...

Teringat kembali kenangan pada saat kami dipertemukan…
Kami tidak pernah mengenali satu sama lain…
Kami tidak pernah bercakap satu sama lain…
Bertemu pun hanya sekadar berselisih di persimpangan…


Namun takdir Ilahi mempertemukan kami…
Di tempat yang sungguh suci lagi diberkati…
Jari kami diikat dengan satu ikatan…
Yang bakal mengikat hati kami…
Agar sentiasa bertautan…


Sungguh bahagia saat itu…
Mulanya masing-masing kelu…
Masih lagi tersipu-sipu malu…
Biasalah tu…
Berkenalan dengan orang baru memang begitu…
Tengoklah nanti,bila masa makin berlalu…


Masing-masing tidak melepaskan peluang…
Takkan biarkan masa terbuang…
Masa lapang sama-sama berbincang…
Lama-lama hubungan pun dah makin ‘ngam’…
Masa ni,masing-masing dah tunjuk ragam…


Angah cakap begitu…
Achik cakap begini…
Alang tak puas hati…
Ateh laaagi la tak puas ati…
Ude cuba mententeramkan keadaan…(cuba je la)
Anjang senyap tak terkata…
Adik tengok sambil geleng kepale…
Ayong tak larat nak cubit dah…
Along maintain cool…
Aku?? Sengih je..hehe


Mana tak Ayong n Along pening…
Tengok budak 8 orang ni boleh jadi pusing!
Semuanya mulut bising…
Tapi,Ayong & Along tetap jadi pendamping…


Suka duka kita bersama…
Pahit manis semua kita dah rasa…
Tepuk tampar antara kita,perkara biasa…
Bila nak berpisah,hati rasa sangat bisa…
Walaupun hanya untuk seminggu dua…isk3


Kini..kita semua berada di alam yang baru..
Yang sangat asing bagi kita…


Tabahlah adik-beradikku sekalian…
Inilah namanya perjuangan…
Tiada karpet merah di sepanjang jalan…
Yang ada hanyalah duri bertaburan…
Teruskan usaha kalian…
Biar pun kita berjauhan…
Tapi hakikatnya,kita berdekatan (“,)


~Miss you all..!!!~




Bukti! Suka duka kami bersama =P (kenangan Wonderful Day Together anjuran Unit Usrah LADAR)


Sanah Helwah Anje & Anjang the Twin…!! -19 Nov 2008-


Memori bersama Ayong…we won’t forget you Yong..

First Touch (^_^')

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah, lahirlah :: Tiada Yang Istimewa :: ni..

Alhamdulillah..agak lama masa yang diambil untuk buat keputusan nak create blog nih..ye la..penulisan ni bukanlah satu bidang yang diminati..lagi best buat soalan maths(ce..konon je =p)..tapi memandangkan blog menjadi pilihan ramai untuk berkongsi cerita dan idea..so teringin gak la nak try..sejauh mana lemak dan berkrimnya bila jadi blogger ni..

Untuk first post nie,cukup sekadar ini dulu la..baru nak warming up..blog pun tak berape lawo lagi..so nantikan la yang seterusnya...