Monday, April 4, 2011

Renungan Akhir Zaman

Bismillahirrahmanirrahim...

Kelapangan masa yang dikurniakan ingin sekali digunakan sebaik-baiknya. Walau terkadang ada juga terlajak dengan selamba membuang masa begitu sahaja. Tolonglah sedar wahai diri......

Sedang menanti mata terpejam menuju lena, tangan menarik majalah kegemaran ramai, Solusi isu no 29. Isu No 30 dah dibeli, tapi yang 29 ni pun belum dihabiskan lagi. Baca punya baca, tibalah ke tajuk "Hodohnya Ahli Neraka", tulisan Umar M Noor. Tajuknya sahaja sudah cukup untuk membuat hati tersentak. Tiada kaitan dengan sentap Oh Yeah. Mata terus tertarik untuk meneruskan pembacaan. Hati juga disetkan ke dalam mode "Silent & Reflect".


Mari kita renungi  tubuh kita sejenak. Pernahkah salah satu bahagian tubuh kita melecur kerana terbakar api? Atau pernahkan salah satu bahagian tubuh kita dipukul dengan benda keras? Saya pernah mengalami luka terbakar di salah satu bahagian tubuh saya. Bahagian badan saya yang lain juga pernah dipukul benda keras. Rasanya amat menyakitkan. Dan saya perhatikan bahawa bahagian tubuh yang terbakar atau terpukul itu membesar kerana proses pembengkakan. Semakin besar luka yang saya deritai, semakin besar bengkak tersebut.

Kejadian yang sama akan berulang lagi di neraka. Bezanya "pembesaran" itu dalam skala yang jauh lebih besar. Ini disebabkan api neraka jauh lebih panas dan pukulan malaikat jauh lebih kuat. Apatah lagi, pelbagai seksaan ini berlangsung dalam jangka masa yang sangat panjang, ratusan bahkan ribuan tahun.

Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud,"(Jarak) antara kedua-dua bahu seorang kafir di neraka sejauh perjalanan tiga hari bagi seseorang yang menaiki kenderaan yang berlari cepat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud," Gigi geraham seorang kafir pada hari kiamat sebesar Gunung Uhud, pahanya sebesar gunung al-Baida dan tempat duduk di neraka seluas perjalanan tiga hari ke al-Rabazah." (Al-Rabazah adalah sebuah tempat yang jauhnya 3 batu dari Madinah)

Gambaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sudah cukup untuk menggentarkan hati yang penuh dengan dosa. Luka yang dialami di dunia pun sudah tidak tertahan, apatah lagi hendak dibandingkan dengan azab seksa di neraka kelak. Dengan mengetahui hakikat ini, apakah kamu ingin melakukan dosa lagi???

Pesan Rasulullah s.a.w.," Jagalah dirimu daripada api neraka walau hanya dengan (memberikan sedekah sebesar) separuh biji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya, maka ucapkanlah kata-kata yang baik." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

p/s: Untuk tulisan penuh, sila beli/pinjam majalah Solusi isu No 29, muka surat 103.

1 comment:

hazwani khamarudin said...

Allahu Allah...
Apakah nasib kami kelak?...=[

Syukran pkongsian..nnti acik nak borrow..yg edisi 30 pun hold lagi ni, beli ja dulu..x sempat nk baca.