Showing posts with label Cerita CFS. Show all posts
Showing posts with label Cerita CFS. Show all posts

Friday, December 3, 2010

Selesai Satu Kempen


Alhamdulillah...
Lama jugak post ni ter'postpone'..
La ni baru la nak publish..


YOUTH AWARENESS CAMPAIGN
Walaupun dah dua minggu event ni berlalu(takdelah lame mana..), tapi tak kire, nak cerita jugak pasal event nie. Kempen Kesedaran Remaja..sedap nama program nih. Program yang bercita-cita tinggi. Ingin 'mengetuk' mahasiswa aliran sains yang juga masih remaja di CFS. Supaya tersedar dari mimpi.


~~~~~~~~~~~~~~~
Bicara Siswa : Sekolah Harapan
~~~~~~~~~~~~~~~

Kami mulakan 'ketukan' kami dengan Bicara Siswa dengan tajuk yang dirasakan 'hangat', Sekolah Harapan: Solusi Bukan Sekadar Ilusi. Ya! Memang 'hangat' sambutan yang diterima pada malam itu. Hingga membuatkan committee bertungkus lumus mengangkat kerusi.



Kaum sisters

Kaum brothers

Panelis mantap! Moderator juga!

Committee maintain.....

Hangat bukan??? Kebetulan, Bicara Siswa ni clash dengan replacement classes. Membuatkan mahasiswa CFS dalam dilema, Bicara Siswa atau Bicara Pensyarah...mestilah gi kelas kan. Jika tidak, mesti AMF dah penuh dengan mahasiswa yang alert. (ayat sedap hati)

~~~~~~~~~~~~~~
Jadi Remaja Seronok Ke?
~~~~~~~~~~~~~~

Misi 'mengetuk' diteruskan dengan membawa trainer terkenal, Saudara Fadzli Yusuf. Membawa remaja mengenali diri. Siapakah yang digelar remaja? Yang berTENAGA, yang IMAGINATIF. Dan anak-anak CFS perlu sedar, dengan izin Allah, remajalah yang berKUASA mengubah dunia. Bukan hanya mengubah keluarga, malah masyarakat, negara, bahkan DUNIA! Contoh sudah cukup banyak yang Allah dah tunjukkan. Saidina Ali Abi Talib, Salahuddin Al-Ayyubi, Muhammad Al-Fateh, Imam Hasan Al-Banna dll. Dan kerana itulah, remaja-remaja Muslim diseru, dalam erti kata lain, memang wajib ah, praktikkanlah nilai-nilai Islam dalam diri. Apalah guna title Muslim jika tidak ada langsung rupa macam Muslim....

Tadi asal korang tak lompat ha? Kata bertenaga.................

Kacang je adik-adik. Petik jari pun boleh!

Alhamdulillah, kelihatan remaja2 CFS sungguh aktif dalam sesi bersama Fadzli Yusuf. Satu perkembangan yang positif. Nampanya graf semakin menaik daripada semalam. Kita lihat esok pula ye. Harapnya graf semangat anak-anak CFS ni makin menaik...

~~~~~~~~~~~~~~~
Pillow Talk : Kahwin Muda
~~~~~~~~~~~~~~~
Okay, memang jelas. Semangat anak-anak CFS ni makin membuak-buak. Mungkin mereka sudah 'terketuk'. Atau mungkin kerana Kahwin Muda? =)

Saya kira anak-anak CFS berasa mereka bertanggungjawab untuk mengubah DUNIA. Lalu mereka mahu memulakan dengan peringkat KELUARGA dahulu. Dan itu sangat jelas pada malam Kahwin Muda ni.

Mendamba ilmu para suami

Ingin menjadi isteri solehah

Ceria sekali tetamu undangan bertandang ke 'rumah' moderator

Gabungan panelis-panelis mantap. Ustaz Che Majid, penyair terkenal UIA, Saudara Huzaifah, baru bergelar suami bulan Februari 2010, dan Ustazah Mardiana, menjadi isteri pada umur 23 tahun. Dan tidak lupa, moderator yang juga punya bakat bersajak. 


Antara perkara menarik yang timbul, nikah khitbah. Orang Melayu kata nikah gantung. Sememangnya nikah salah satu jalan untuk kita menghalalkan hubungan. Daripada berterusan buat maksiat, baik nikah. Tapi perlu jelas, nikah ini adalah satu tanggungjawab berat. Matlamatnya besar.

Fardul Muslim -> Baitul Muslim -> Mujtama' Muslim -> Daulah Islamiah -> Khilafah Islamiah

Apa yang penting, redha Allah menjadi matlamat utama. Bukan sekadar hanya memenuhi keperluan seksual semata-mata. Apa-apa pun, Islam itu mudah. Pasti ada jalan penyelesaian untuk semua perkara. Itulah indahnya Islam =)

Tuesday, June 8, 2010

Mahallah Briefing

Al-Malik Faisal Hall, 8.00 pm...

Cepat-cepat aku dan Ima bergegas ke AMF memandangkan kami tak setup lagi preparation untuk gimik malam tu. Sampai je kat AMF, ramai bebenor sister beratur! Sampai ke tangga dekat dengan plaza tuh. Nilah penangan cenderahati untuk yang terawal. Ada cenderahati barulah nak datang awal. Lagi bagus kalau kita apply konsep nih dalam solat. Semua dah sedia maklum solat di awal waktu lebih afdhal tapi masih lagi boleh berlengah-lengah walaupun waktu dah nak dekat habis (peringatan untuk diriku jua).

Tanpa melengahkan masa, Ima dengan kotak besarnya, aku dengan bendera mahallah, Tiqah dengan peralatan lain, terus naik stage, setup2 apa yang patut.

Untuk kali ni, aku ditugaskan jadi unit teknikal. 1st time kot! Tak pernah lagi handle benda2 teknikal ni. Selama ni, tak pernah cara pun ke wayar2, projector kat depan tu sebab biasanya memang brother yang handle. Alhamdulillah, dengan bantuan Illeya dan sorang brother, dapat juga pasang equipment dengan tepatnya. Fuh, cuak gak. Pengalaman pertama yang bermakna... =)

Lalu majlis pun bermula...

Setelah beberapa ketika, majlis pun berakhir..

Takde ape pun nak citer..cuma nak promote blog mahallah yang dilaunch baru-baru ni jer..=)



Jemputlah singgah ye =)