Monday, January 31, 2011

Tak Duduk Diam!

Bismillahirrahmannirrahim..

My first post for this year. Agak lambat sedikit. Huhu. Tapi takpelah, kira ok la kalau update kan =) 

Alhamdulillah...

Tu yang aku mampu ungkapkan. Bukan sebab dah kenyang. Tapi sebab MEGA dah habis! ^^

Minggu lepas, serius! Tak berhenti bergerak. Jasad mahupun minda. Sehinggakan, aku boleh terlupa save softcopy tarikh penting untuk BTQ. Hardcopy molek je tertayang kat dalam buku. Esok pagi nak presentation, malam tu baru teringat! Adoyai~ Malam tu pulun baca. Malangnya, baca-baca, lelap. Baca-baca, lelap. Baca-baca lagi, lelap tak bangun2 dah sampai ke Subuh. Argh~ Serius tension! Maka, berazamlah naimy untuk practice sebelum gi kelas BTQ kul 9. Tapi, azam naimy untuk sambung tidur lebih mantap nampaknya. Huhu. Aku kalah di situ. Gane-gane pong, Alhamdulillah, presentation berjalan dengan lancar dan aku dapat present dengan baik (perasan weh!) Dengan ini, aku menyeru semua, jika kita terasa nak gigit belakang orang tu, ingatlah 4 consequences yang aku presentkan. Nak tahu apa, tanya personal. Nanti aku presentkan kat korang =)

Story pasal MEGA lak...
Head PC! Benda yang paling ku tak mau sekali. Nak-nak pulak program sport macam gini. Sport yang sememangnya bukan bidang aku. Sabor jo la den. Untuk sedapkan hati aku, "Afiqah, please set in your mind, you can do it. Ala, sport je pun. Ni baru sikit beb! Jadilah yang Paling Cergas! (nama manja untuk PC ^^) Dilarang sama sekali untuk Pan Cit ye!

Syukur, rakan sePC aku semuanya yang hebat-hebat belake. Shak, Azhar, Syakirah, Afiqah. Dahlah Paling Cergas, SASA pulak tu. Haha~

PC hanya merancang, Allah menentukan.

Cobaan demi cobaan mendatang. Belon terbang, Shak tak dapat involve (syukur sebab Shak dah ok), tak cukup committee, participant sikit, Explorace lambat start, PM hilang (haha!) Semuanya kami tetap cuba untuk hadapi dengan Paling Cergas dan SASA! Walaupun Shak takde, tapi STRESSnya tetap bersama kami! Shak..Shak..

Sekarang, YAC dah takde, K-FEST dah takde, YGEN-C dah takde, MEGA pun dah takde. Semua tinggal kenangan. 4 biji ni lah yang paling membuatkan aku tak duduk diam. Ada la lagi, tapi biarlah rahsia ^_^

Penat memang penat. Sakit memang sakit. Duit pun banyak habis. Tidur tak cukup. Makan? Eh, makan mesti cukup! Hehe..


Masa aku berada dalam MRC sesi lepas, benda yang sama aku cakap. Penat weh! Tapi, last sekali, usahlah serik berpersatuan. Tak kesah la korang masuk apa pun, tapi confirm! Banyak yang kita dapat belajar. Boleh tengok post yang ini.

Nak quote sikit apa yang aku leterkan kepada teman-teman yang Paling Cergas, dan ianya lebih kepada apa yang aku leterkan pada diri aku sendiri.. 

"akhirul kalam, minggu nie memang stress rasa tp seronok je sebab masa terisi dengan benda yang berfaedah. tak le duk makan tido study aje keje. bersyukurlah kite disibukkan dengan kerja2 macam ni, bukan kerja2 maksiat. maybe sometimes rasa macam x cukup je 24 jam. kalau nak rasa cukup 24 jam, solatlah di awal waktu. moga dengan usaha itu Allah lapangkan dan mudahkan urusan kita."

Sudah terang lagi bersuluh, tanpa penggantungan pada Allah, tak mampu punyelah kita nak hadapi semua. Nikmat mahupun musibah. Rerajinlah kita semua bermuhasabah diri. Muhasabah ni tak semestinye sebelum tidur aje, time makan pun boleh ape =)

So, lepas ni macam mana? Masih tak nak duduk diam lagi atau nak duduk diam-diam je?

~nak duduk diam ke..ish, tak mau la..tapi penat jugak kalau asyik tak duduk diam ni..tapi kan..bla..bla..bla..................zZzZzZzZzZ~

9 comments:

sukma atiqah said...

takkan penat berpersatuan! hehe ;)

'Aishah Jauhara said...

pagi yang adik call tu ke, before anje nak present kul 9 tu?

.:. NaiMy .:. said...

sukma: mantap la u..hehe

adik: yup! yang adik duk call anje tu la..serius ngantok! huhu..2 yg pass fon kt acik tu =)

Azhar Al-Banna said...

kdg2 rse serik tetapi rse best plak bile join mrc buat kali kedua ni...

.:. NaiMy .:. said...
This comment has been removed by the author.
.:. NaiMy .:. said...

honestly la..
rase mcm mrc kali ni lg best dr yg lepas..
xtau la dr segi ape..tp mmg improved better than previous one =)

Unknown said...

HAHAHAHA suka lah post ni. sbb byk nama shak ;D haha.

anyway, kita rasa mrc kali ni lagi best, sbb lagi happening. kalau dulu, orang2 yg sama je. azhar,martnong,john,amad,muaz,akif,fathi....
kevser,maryam,sufiah,kak ima,kak amira fatin,kak nisah,kak ijat, munirah.....

haha tahun ni, pelbagai manusia, pelbagai ragam. haha

mawarberduri said...

yeah... k.fiq yg xpenah duk diam..
wpun letih, xpenah abai tgjwb ann?
dan sering dsusahkn oleh aku...
tQ 4 every single thing akak!

Azhar Al-Banna said...

to shak : ek'elleh suka sbb namanya bnyk disebut kt blog ni...

to naimy n shak :...undeniable mmg mrc thun ni lg best sbb tersusun ckit..LTC lebih best...komitmen sume MRC lebih baik dr yg lepas..dulu ckit2 aje..tahun ni, sume turun..