Showing posts with label Cerita Jalan Jalan. Show all posts
Showing posts with label Cerita Jalan Jalan. Show all posts

Friday, March 4, 2011

Holiday In Holiday!

27 Feb 2011
Terjadinya perpisahan yang syahdu, linangan air mata mengiringi pelukan erat, kata-kata terakhir dititp sebelum jasad berpisah. Terasa mendung sekejap hari ini T_T


Namun terubat bila bertemu dengan teman seperjuangan dari Mesir. Kita bertemu jodoh di KL Sentral! Syukur yang teramat kerana Allah pusingkan leher aku ni sambil mata melilau2 ushar masyarakat sekeliling. 'Hmm, muke orang tu macam alang Ummu la...wait a minute! Memang alang la!' Berlari den dengan Acik ET. Allahuakbar! Lame benor dah tak jumpe! Terubat duka seketika...

Tiba di CFS. Sunyi. Sepi. Penat. Ngantok. Letih. Lalu, zZzZzZzZzZz...

Packing barang, get ready untuk esok, basuh baju, jemur baju dan tidur dengan excited sekali.
Sok nak p jalan!



28 Feb 2011
This is it! Tiba masa untuk meluangkan masa bersama adik2 MRC pulek. Catering menjalankan tugas distribute breakfast. Prep tech siapkan bebarang. Agak emo ya Prep tech di pagi ini, tapi muke cool je. Aku lak, menjalankan arahan bos besar Cambodia, p jumpe Madam Rose jap. 

Avanza? Siap! Wira? Siap! Matrix? Siap! Barang cukup? Siap! Orang cukup? Siap!

OK! Salam dengan Madam Sa'yah lu. Sedih madam & miss tak join....

My driver =)

2 jam kemudian...

Welcome to Port Dickson!
Terus menuju ke homestay Hj Zin. Memang mendamaikan! Bau flora menusuk2. Nak2 bunga putih yang kat kubur tu. Insaf seketika. dan seram juga. Jom ushar~

Ruang makan
Dapur kering, dapur basah kat luar
Jenguk luar pintu dapur kering, ini yang kelihatan =)
Macam TBK la pulak~

Minum petang di sini..masyuk~
Path to the owner's house
Lepak sambil dengar irama air..fuh~
Habis ushar, jom gi beli barang!

Next destination, THE STORE & LUNCH.
Menanti sang driver

Makan jom!

Bismillahirrahmanirrahim...
Next activity, the best cucuq competition! Pertandingan sengit antara 3 kumpulan. Tempat pertama dan tempat kedua akan ditugaskan untuk memasak dinner manakala tempat ketiga(dalam kata lain, tempat terakhir la..) akan ditugaskan untuk menjadi geng surau(imam maghrib dan isya serta tazkirah). Tazkirah malam tu agak seronok ya walaupun sedikit melencong. Keypointnya mengenai tanggungjawab sebagai anak tapi olahan mengenai tanggungjawab sebagai isteri sedikit panjang berjela daripada pentazkirah pilihan , Syamira a.k.a. Tam. Tam oh Tam....




Activity malamnya, dinner and MOVIE time! 1st time tengok movie kat taman. Terima kasih kepada pemilik projector, tercapai juga hasrat nak tengok movie tengah2 laman rumah bersaksikan bintang-bintang dan jet pejuang ^^


1 Mac 2011
BANGUN! QIAM! MANDI! PACKING BARANG! GORENG MI! BUAT AIR! KITE GI PANTAI JAP LAGI!

Opss..ni kena culik ke ape nie?

@ Pantai belakang Bayu Resort..

Kosong..

Sorang pun takde..

Makanya..

Pantai ni kami yang punya!!!

Aerobik -> Mamam time -> Belon Macam2 Style! -> Banana Boat -> Dugong Terdampar

And last but not least, MK's Castle!



Dan, malam kemuncak makin menghampiri.

Ayam sudah terbau-bau. Pizza sudah sampai. Anak-anak MRC dah lawa-lawa semua. Yok! Makan pizza tepi pantai. Tapinye, ade bau tak sedap la. Macam ade bau hangit gitu. Almaklum la, pantai memalam kan. Lalu, kami berjalan keliling mereka dengan nasyid I'tiraf by Raihan sebagai soundtrack. Kalau marah, minta maaf la yer. Kami ni lagi marah dengan korang tau! Dan minta maaf kepada yang amik port depan kereta kami, tak pasal-pasal kena spotlight. Saje nak bikin korang lagi panas. Kire ok la port depan Avanza, bukan VanJenazah.

Dari pantai kembali ke rumah.
Menonton video persembahan adik-adik. Serius sedih! Dah bergenang dah air mata, tapi control macho la. You guys memang the best! Takde la susah hati nak tinggalkan korang. Semua hebat2! b(^_^)d

Esok ada lagi benda best menanti! (",)


2 Mac 2011
Pagi yang hening. Semua bangkit awal nampaknya. Together-gether mengemas rumah nak masak breakfast. Sempat lagi buat adegan keluarga Hj Zin. Nice drama la korang! Hehe.. bak kata granny, "Jangan lupa salahsilah keturunan kite. Duit granny dalam laci tu banyak lagi." =D

InsyaAllah akan kembali ke CFS dan kampung halaman selepas ini. Tapi sebelum tu, jom tengok ostrich dulu!

Tangan den terkotar-kotar tu bonarnyo

Baju oren - Trainer
Baju coklat bulu-bulu - Trainee
Duduk pun dah serupe =p

Sebelum datang, excited nak tunggang ostrich. Tapinye, semua ke'excited'an itu hilang bila datangnya sorang pembantu ni. Erm, wajahnya agak menakutkan. Cara dia melihat kami juga menakutkan. Maka, cara dia membantu bertambah menakutkan! Ok, tak sanggup aku! Terbantutlah niat aku nak menunggang tadi. Terima kasih jelah bro.

Singgah di Teluk Kemang, mencari souvenir untuk meMadam, kak2 MO, dan keKawan yang tak dapat join ceCuti ni.

Buat adik-adikku,
Akak minta maaf banyak-banyak jika akak ade menyinggung mana-mana pihak sepanjang kita bergerak kerja bersama. Mungkin ada masanya akak terlaser lebih sikit. Mungkin ada masanya akak moody sikit. Mungkin ada masanya akak ter'bossy' sikit. Mungkin ada masanya akak terlebih gurau. Apa-apa pun, adik2 memang yang terbaik. Dan,bak kata Fadhilah, korang ni memang kaki study la. But then, bagus la. Respect la korang! /(",)

Buat anak-anakku,(versi ummi pulak)
Ummi minta maaf kalau ummi tak dapat jaga pokok bunga grandpa korang sebaik-baiknya. Bukan senang nak jaga bunga-bunga grandpa tu. Leceh kot. Hehe. Tapi takpe, duit granny dalam laci banyak lagi. Haha. Terima kasih mak bagi guna duit! ^^

Dan satu lagi, granny selalu kata, "Risau la kat cucu-cucu aku nie. Kena panggil ustazah sorang. Nak harapkan ummi kamu ni, hmm, tah la." Sampai hati mak cakap saya macam tu mak. Anak-anak, jangan dengar cakap granny kamu tu. Bukan ke ummi yang ajar kamu baca doa. Kire ok la tu kan? Well, ummi tak nak la ungkit-ungkit depan granny kamu. Actually, die dah lupe tu. Huhu. (sesi protes granny =D)

Salam Juang buat Wani(Granny), Hayati(Daddy), Aini(Ibu), Ros(Mama), Deelah(Bang Long), Tirah(Kak Ngah), Mimi(Achik), Syamira(Bang Tam), Rozi(Kak Lang), Shira(Kak Teh), Solehah(Ucu), Fiza(Kak Der), Aisyah(Adik), Najihah(Cikgu sebelah rumah/bakal Mummy)


Sunday, December 12, 2010

Selawat Bergema



Alhamdulillah..
Kami selamat pergi dan selamat pulang..


Berpeluang juga diri ini untuk duduk dalam majlis sebegini. Setelah beberapa minggu yang agak menekan jiwa dan raga, fizikal dan mental, majlis ini yang sekejap cuma, cukup menenangkan. Tak sia-sia, insyaAllah.


3.50 petang
27 orang muslimat bertolak menaiki bas bersama beberapa muslimin sebagai penunjuk arah. Bas ke Stesen Universiti, LRT ke Pasar Seni, Sepasang Kaki ke Masjid Negara. Berhenti solat Asar. Dan perut amatlah lapar. Tapi takpe, kami bersabar~


5.00 petang
Bergerak keluar dari Masjid Negara. Menuju ke Pusat Islam, bertentangan dengan Masjid Negara. Mendaki anak tangga 3 bukit. Dengan perut bergendang(perlu ke???). Lalu duduk menanti program bermula.


5.40 petang
Alunan selawat bermula. Terus menerus. Walaupun hadirin hadiratnya tidaklah seramai mana. Tapi sudah cukup untuk bergema(ada microphone ^^). Bergema di dataran TV Al-Hijrah. Bersambung dengan Wirdul Lathif. Tak terasa masa berlalu. Dah nak maghrib rupanya. Program ditangguhkan. Pihak penganjur mengingatkan,"Kita berhenti seketika untuk Maghrib dan Isya. Jangan lupa datang balik. Akan ada bacaan maulid bersama Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid dan sedikit ceramah dari beliau." Hadirin hadirat bergerak. Dan, perut kami terus galak minta diisi. Sabarlah duhai perut.....


7.30 malam
Impian perut kami menjadi kenyataan! Kaki laju melangkah ke kedai mamak seberang 2 jalan. Alhamdulillah. Indah menikmati rezeki dari Ilahi.


8.30 malam
Bergegas ke Masjid Negara kembali untuk solat Isya. Nasib baik energy level dah diupgrade. Laju sikit gerak.


9.23 malam(macam meeting pulak)
Sudah tiba kembali ke dataran TV Al-Hijrah. Mak aii! Awat macam ada shooting pulak ni? Rupanya memang ada rakaman. Tak menahu la pulak. Mujur bukan siaran langsung. Kalau siaran langsung lagilah leceh.


Pilih port baik punya. Depan sekali la kan. Kaum muslimat tak seramai kaum muslimin. So, banyak je port kosong. Kelihatan Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid di atas stage. Bacaan maulid bermula.....


Hadirin hadirat khusyuk. Hanyut dalam bacaan...................................


TAMAT RAKAMAN


Tapi program tak tamat lagi...


Sedikit tausiyah daripada AlHabib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid yang sempat tercatat...


1. Wasiat Baginda kepada para sahabat,"Ajarkan kepada anak-anakmu 3 perkara. Ajarkan mereka cinta akan Nabi mereka. Ajarkan mereka cinta akan keluarga Nabi mereka. Ajarkan mereka membaca Al-Quran."


2. Cintailah Rasulullah SAW

  • Cinta adalah satu perasaan dalam hati, yang bila dia cinta akan seseorang, akan terzahir rasa cinta itu melalui perlakuannya.
  • Al-Habib menceritakan kisah seorang badwi yang ketika Nabi SAW berkhutbah, dia memotong khutbah Baginda lalu bertanya,"Bilakah As-Sa'ah(hari Qiamat)?". Para sahabat mulai bising kerana ada yang berani memotong khutbah Baginda SAW. Lalu Baginda bertanya kepada badwi tadi,"Apa yang sudah kamu sediakan untuk menghadapi As-Sa'ah yang kamu tanyakan itu?". Si badwi menjawab,"Aku tak banyak amal yang aku buat kecuali apa yang diwajibkan oleh Allah dan kecuali hati dan sanubariku ini dipenuhi dengan cinta Allah dan Rasul-Nya." Kemudian, Rasulullah bersabda,"Sesungguhnya, kamu akan dikumpulkan bersama orang yang kamu cintai."
  • Contohilah bagaimana para sahabat mencintai Rasulullah SAW. Abu Sufyan pernah berkata,"Aku tidak pernah melihat seseorang cinta akan seseorang yang lain seperti para sahabat mencintai Muhammad SAW."

3. Bagaimana mahu mengajar anak-anak cinta akan Rasulullah SAW?

  • Bacakan kitab sirah Nabi SAW
  • Bacakan maulid Nabi SAW
  • Meneladani akhlak Baginda SAW
  • Banyakkan berselawat
12.10 am
Hadirin hadirat bergerak pulang. Kaki melangkah mencari teksi. Sebelum tu, sempat lagi tangan menggapai sebungkus nasi lemak free =)


 Mengisi masa terluang...

 Ma'thurat selepas 'Asar

Dataran TV Al-Hijrah

 Luar Pusat Islam

 Kuala Lumpur Berselawat

 Amer Munawer Yusuf dan Muadz selaku pengacara

 Qiyam, Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid di tengah

Antara hadirin hadirat yang hadir





NABI SAW CINTA AKAN UMATNYA..
KITA PULA???

JOM CINTA NABI SAW!

p/s: LAIN cerita di malam tadi.