Showing posts with label Inzar. Show all posts
Showing posts with label Inzar. Show all posts

Monday, April 4, 2011

Renungan Akhir Zaman

Bismillahirrahmanirrahim...

Kelapangan masa yang dikurniakan ingin sekali digunakan sebaik-baiknya. Walau terkadang ada juga terlajak dengan selamba membuang masa begitu sahaja. Tolonglah sedar wahai diri......

Sedang menanti mata terpejam menuju lena, tangan menarik majalah kegemaran ramai, Solusi isu no 29. Isu No 30 dah dibeli, tapi yang 29 ni pun belum dihabiskan lagi. Baca punya baca, tibalah ke tajuk "Hodohnya Ahli Neraka", tulisan Umar M Noor. Tajuknya sahaja sudah cukup untuk membuat hati tersentak. Tiada kaitan dengan sentap Oh Yeah. Mata terus tertarik untuk meneruskan pembacaan. Hati juga disetkan ke dalam mode "Silent & Reflect".


Mari kita renungi  tubuh kita sejenak. Pernahkah salah satu bahagian tubuh kita melecur kerana terbakar api? Atau pernahkan salah satu bahagian tubuh kita dipukul dengan benda keras? Saya pernah mengalami luka terbakar di salah satu bahagian tubuh saya. Bahagian badan saya yang lain juga pernah dipukul benda keras. Rasanya amat menyakitkan. Dan saya perhatikan bahawa bahagian tubuh yang terbakar atau terpukul itu membesar kerana proses pembengkakan. Semakin besar luka yang saya deritai, semakin besar bengkak tersebut.

Kejadian yang sama akan berulang lagi di neraka. Bezanya "pembesaran" itu dalam skala yang jauh lebih besar. Ini disebabkan api neraka jauh lebih panas dan pukulan malaikat jauh lebih kuat. Apatah lagi, pelbagai seksaan ini berlangsung dalam jangka masa yang sangat panjang, ratusan bahkan ribuan tahun.

Sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud,"(Jarak) antara kedua-dua bahu seorang kafir di neraka sejauh perjalanan tiga hari bagi seseorang yang menaiki kenderaan yang berlari cepat." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah)

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud," Gigi geraham seorang kafir pada hari kiamat sebesar Gunung Uhud, pahanya sebesar gunung al-Baida dan tempat duduk di neraka seluas perjalanan tiga hari ke al-Rabazah." (Al-Rabazah adalah sebuah tempat yang jauhnya 3 batu dari Madinah)

Gambaran yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. sudah cukup untuk menggentarkan hati yang penuh dengan dosa. Luka yang dialami di dunia pun sudah tidak tertahan, apatah lagi hendak dibandingkan dengan azab seksa di neraka kelak. Dengan mengetahui hakikat ini, apakah kamu ingin melakukan dosa lagi???

Pesan Rasulullah s.a.w.," Jagalah dirimu daripada api neraka walau hanya dengan (memberikan sedekah sebesar) separuh biji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya, maka ucapkanlah kata-kata yang baik." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan."

p/s: Untuk tulisan penuh, sila beli/pinjam majalah Solusi isu No 29, muka surat 103.

Thursday, October 14, 2010

Kau Ahli Syurga!

Suatu hari Rasulullah mengajak cucunya yang masih kecil, Hasan dan Husein, ke masjid. Tiba-tiba terdengar suara azan. Rasulullah pun memimpin solat berjamaah. Ketika Rasulullah sujud, Hasan dan Husein mengira Rasulullah sedang mengajak main kuda-kuda. Jadi mereka pun menaiki belakang Rasulullah. Anehnya, Rasulullah tidak marah. Beliau malah memanjangkan sujudnya sampai Hasan dan Husain turun dari belakang beliau.

Setelah selesai solat seorang makmum bertanya pada Rasulullah, “Mengapa Anda memanjangkan sujud?” tanyanya.

“Kerana tadi cucuku, Hasan dan Husain menaiki belakangku,” jawab Rasulullah.

Jelas dan nyata sifat kasih sayang Rasulullah terhadap anak kecil.

Hendak mengendalikan anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semudah menaip mesej. Tidak semudah menjawab soalan math.

Apa yang ditulis ini merupakan pengalaman diri. Menjaga anak kecil. Bukan adik kandung sebab aku anak bongsu. Bukan anak sendiri sebab aku bujang lagi. Tapi anak-anak abang dan kakak.

Biasalah, budak-budak kecil, dari segenap sudut bantuan kita diperlukan. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bab ni, tak kisahlah. Alang-alang, boleh asah parenting skill kita.

Paling tak tahan, bila mereka buat onar. Faham tak onar tu ape? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, onar bererti gempar, huru-hara, kacau, rusuh. Jadi, maklum sajalah, bila si pelakunya budak-budak kecil yang sedang meningkat umur, bak kata abah aku,"baru dapat tangan, baru dapat kaki"..sekali mereka buat onar, MASYAALLAH..disaster rumah dibuatnya.

Yang tukang jaga ni pun, dengan relanya kemas balik.

5 MINIT KEMUDIAN....

Tukang jaga sedang mengulangi perbuatannya tadi.

10 MINIT KEMUDIAN....

Tukang jaga tadi sekali lagi mengulangi perbuatan tersebut diiringi dengan beberapa ayat bernada tinggi.

5 MINIT KEMUDIAN....

Tukang jaga membiarkan sahaja onar terus berlaku dan hanya mampu melihat keadaan sekeliling yang dah tak ade rupe ruang tamu.

Kadang-kadang, mahu bengang jugak dibuatnya. Tapi, 1 TIPS untuk menghilangkan kebengangan itu.

Ingatlah, 
MEREKA AHLI SYURGA! MEREKA TIADA DOSA!
SEDANGKAN KAU?
TAK TAHULAH HATI HITAM BANYAK MANA!

Ambik nak! Terus sejuk hati....tersenyum si tukang jaga tadi.

Kepada yang bergelar abang@kakak,
Bimbinglah adik-adik anda, jadilah contoh yang baik kepada mereka.

Kepada yang bekerja menjaga anak kecil,
Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

Kepada yang bergelar ibu@bapa,
Coraklah anak-anak anda dengan warna-warna Islam.

Kepada yang tidak bergelar mana-mana seperti di atas,
Sayangilah anak-anak kecil walau siapa pun mereka.

Kepada yang BUANG ANAK,
Ni nak marah ni..hish..
BERTAUBATLAH KALIAN..SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH.


Inilah wajah-wajah yang kukasihi.....





Wednesday, February 24, 2010

Isteri Cerdik & Solehah

Isteri cerdik dan solehah..kata-kata yang sungguh memberi inspirasi kepada aku dan kawan2(especially husna..hehe) untuk bertindak lebih matang dan solehah..bila perangai nakal muncul je, terus semua cakap,"Isteri cerdik dan solehah..." maka secara automatik, perangai nakal terus dicover dengan kesolehahan masing-masing..bagus jugak kata keramat ni ek..at least bolehlah prevent kami daripada terus menerus merepek tah ape2..

Actually, kenapa frasa ni sangat memberi inspirasi kepada kami?

~sebab kami nakal..

Er..mungkin la tu salah satu sebabnya..
tapi sememangnya menjadi isteri yang cerdik lagi solehah menjadi cita-cita setiap kaum Hawa..bila mana kita menjadi isteri solehah ni, masyaAllah, ganjarannya amatlah besor! Biasanya isteri = kilang anak..memang betol la sebab mana ada lelaki yang boleh mengandung..kalau ada, tu semua kuasa Tuhan..tapi bersyukurlah wanita2 sekalian..sepanjang tempoh mengandung tu, andainya kita tidak jemu beribadah tanpa menjadikan kepenatan mengandung itu sebagai alasan, insyaAllah ganjaran yang kita dapat lebih daripada semasa kita tidak mengandung..jadi janganlah takut untuk mengandung ye =)

Isteri juga sering di'equal'kan sebagai pelayan suami..kerja yang mulia ni..pelayan ni bukanlah yang sama erti dengan bibik atau orang gaji..bibik dapat ganjaran daripada majikan..isteri dapat ganjaran daripada Allah..mana lagi syok? Jadi, janganlah berasa hina dengan tugas melayan suami..tidak perlulah untuk merungut, mengeluh dan yang seerti dengannya..berpeganglah kepada apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud,

"Apabila seorang perempuan mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan dan mengampuni 2000 kesalahan dosanya, bahkan segala sesuatu yang disinari oleh matahari memohon ampun baginya serta Allah mengangkat 1000 darjat baginya."

Dan,

"Wahai Fatimah, setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membina tujuh parit antara dirinya dengan api neraka. Jarak antara parit itu ialah sejauh bumi dan langit."

Subhanallah..sape yang tak nak memang rugilah!

Kalau nak diceritakan, memang banyak sangat2 kelebihan isteri solehah ni..ni baru cerita sikit, dah naik semangat dah nak jadi solehah..belum lagi cerita banyak2..anyway, selamat men'solehah'kan diri ^_^



"Seorang wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang tidak soleh dan seorang perempuan yang berkhidmat melayan suaminya selama seminggu maka ditutuplah daripadanya tujuh pintu neraka dan dibukakan lapan pintu syurga dan dia bebas masuk dari pintu mana yang disukainya tanpa hisab."

Saturday, February 13, 2010

Khusyuk

"Sungguh berUNTUNG orang-orang yang berIMAN. Iaitu orang-orang yang KHUSYUK dalam solatnya"
(Al-Mu'minuun : 1-2)


Khusyuk menurut pandangan beberapa ulama'...

Ibnu Abbas
Khusyuk itu maknanya orang yang takut dan tenang anggota (anggota badan dan hatinya)
 
Saidina Ali bin Abi Talib
Khusyuk itu adalah khusyuk hati. Maksudnya khusyuk itu tempatnya di dalam hati dan mesti khusyuk adalah hati itu sendiri.


Imam Ibnu Katsir
Khusyuk di dalam solat itu dapat dihasilkan oleh orang yang membulatkan hatinya untuk bersolat dan menghindari soal-soal yang lain iaitu dengan mengutamakan solat daripada hal-hal duniawi. Maka, dengan itu solat akan menjadi lebih dicintai dan dilakukan dengan perasaan senang hati.


Ibnu 'Araby (Ahkamul Quran)
Khusyuk adalah tunduk merendah dan menghinakan diri di hadapan Allah SWT.


Syeikh Tantawi Jauhari
Khusyuk itu bererti merendahkan diri dan tunduk, tidak berpaling kanan dan kiri, tidak menggerakkan tangan semasa solat. Hanya memusatkan kemahuannya yakni hati kepada Allah SWT semata-mata. Dan merenungkan maksudnya, daripada apa yang diucapkan semasa solat, iaitu bacaan, zikir dan doa.


Asy-syahid Saiyid Qutb (Tafsir Fi Zhilalil Quran)
Khusyuk itu bermakna hati orang yang bersolat itu berasa gentar , gerun dan takut di hadapan Allah SWT hingga lahirnya ketenangan dan kekhusyukan. Llau khusyuk itu menjalar ke seluruh anggota tubuh badan hingga terbayang di mukanya serta gerak gerinya. Hilang gangguan dalam fikiran dan tidak terganggu langsung dengan urusan duniawi.


Imam Malik
Khusyuk itu maknanya menghadap dengan sepenuh perhatian ke atas solat itu.


Imam Asy-Syafie
Khusyuk itu ialah orang yang bersolat itu haruslah menitikberatkan pandangan matanya ke tempat sujud, kerana dengan itu akan lebih menghadirkan dia dan memusatkan pemikirannya.


Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali
Khusyuk ataupun ingat kepada Allah SWT di dalam solat itu wajib hukumnya berdasarkan pengertian ayat : "...dan dirikan solat itu untuk mengingati-Ku." (Taha : 14)

(dipetik dari Majalah Anis, Januari 2010)

JOM IMPROVE SOLAT!






Friday, November 6, 2009

Eternal Life Plan

Dari hari ke hari, komitmen dirasakan semakin bertambah dan sememangnya inilah hakikat dalam kehidupan. Sejak akil baligh, kita telah secara rasminya memegang tampuk pemerintahan kerajaan diri sendiri. Masing-masing bertanggungjawab atas segala apa yang dilakukan, walau sekecil zarah kebaikan, pasti diupah ganjaran, walau sekecil zarah keburukan, pasti menempah balasan. (rujuk Surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8


Impian untuk menjadi penghuni Jannatul Firdaus, sudah pasti menjadi impian seluruh umat Islam. Namun, sejauh manakah tindakan kita bergerak menuju ke arah impian itu? Lain mulut cakap, lain yang kita buat. Seringkali ibadah diketepikan, dunia didahulukan.


Buktinya...


Azan Subuh berkumandang. ‘Em, jap gi lah bangun. Baru azan, belum iqamat lagi. Semalam aku da bangun qiamullail kul 3. Ngantok sey.’
Sedar-sedar je, waktu Subuh dah expired. Tapi, muke si dia selambe je.


Tapi,


Lagu ‘Aku Bukan Superman’ berkumandang(maksudnye alarm la). ‘Hah, dah pukul 3. Kelas start kul 4. Bangunlah, lagi pun lecturer tu suke orang yang datang awal. Ade can nak dapat markah lebih.’
Maka, bangunlah si dia dengan cerianya.(ganjaran manusia selok kita kejor, ganjaran Allah???)


Tak payah tipu la. Situasi ni selalu je berlaku sama ada korang mengaku atau tak mengaku. Sama jugalah dengan insan yang sedang menaip ni.
Korang (dan juga aku) ni, bile la nak insaf ha? Baru-baru ni Ust. Syaari bagi talk bertajuk Qiyamah 2012 dan segala apa yang berkaitan dengannya, illuminati, freemason dan segalanya. Siap dengan slide-slide dan sound system yang sememangnya mendebarkan jiwa. Takkan boleh buat derk je lagi? Boleh lagi nak lengah-lengah. Ish3....


Cuba korang fikir....


Purata manusia sekarang hidup dalam 60-70 tahun.
Dalam setahun ade 365 hari.
Dalam sehari ada 24 jam.
Kita tengok pulak dalam 24 jam ni apa yang kita buat.


TIDUR = 7 JAM (tidur yang ok dalam 6-8 jam, so ambil yang tengah-tengah la, 7 jam)
MAKAN = 3 JAM (makan pulak dengan member, borak 5 minit tapi baru sekali suap!)
KELAS = 6 JAM (memang 6 jam, tapi 1 jam TERtidur, 1 jam mengelamun)
REHAT = 7 JAM (main game,chatting,termenung,mandi,qadha hajat dan sebagainya)
SOLAT + QURAN = 1 JAM (Alhamdulillah, masih lagi ingat untuk solat dan baca Al-Quran...)


Ni secara kasarnya la.
Sekarang, cuba darabkan dengan 365 hari(tak kire la tahun lompat tu).


TIDUR = 7 X 365 = 2555 JAM
MAKAN = 3 X 365 = 1095 JAM
KELAS = 6 X 365 = 2190 JAM
REHAT = 7 X 365 = 2555 JAM
SOLAT + QURAN = 1 X 365 = 365 JAM


Ni dalam setahun. Sekarang kira pulak jumlah jam dalam 55 tahun. Kenapa 55 tahun? Kita kira start daripada akil baligh la. Zaman kanak-kanak tu tak payah cite la. Tapi kalau korang rajin nak kira pun takde masalah.


TIDUR = 2555 X 55 = 140525 JAM
MAKAN = 1095 x 55 = 60225 JAM
KELAS = 2190 x 55 = 120450 JAM
REHAT = 2555 x 55 = 140525 JAM
SOLAT + QURAN = 365 x 55 = 20075 JAM


Bilangan jam dalam setahun ialah 24 x 365 = 8760 JAM.
Cuba bahagikan pula bilangan jam yang diperoleh tadi dengan 8760.


TIDUR = 16 TAHUN
MAKAN = 7 TAHUN
KELAS = 14 TAHUN
REHAT = 16 TAHUN
SOLAT + QURAN = 2 TAHUN


Cuba saudara saudari lihat, apa yang paling sikit kita lakukan? Dalam masa 55 tahun, kita hanya mengambil masa 2 tahun sahaja untuk beribadah. Rasa macam lama kan, tapi sebenarnya sedikit amat. Sedangkan kita bakal melalui satu perjalanan yang tiada penghujungnya. Satu kehidupan yang kekal. Kehidupan akhirat. Cukup ke dengan sekadar 2 tahun bekalan? Boleh hidup ke macam tu? Kalau ada yang mengatakan YA, memang salute la!


Naimy ni pun bukanlah seorang manusia yang sempurna, tiada apa yang istimewa, dan bukanlah yang selayaknya untuk bercakap begini. Hamba yang hina ini banyak kurang dan lompangnya. Tapi, sama-samalah kita saling mengingati antara kita. Naimy pun mengharapkan teguran dan nasihat daripada sahabat-sahabat semua.(serius..!tak tipuu..!)


~ MULAKAN PERANCANGAN HIDUP ANDA UNTUK MATI ~
(ilmu ni Naimy dapat semasa mengikuti satu program di Kuantan, sekadar perkongsian bersama)

Saturday, October 10, 2009

Antara Dua...

Telah jauh terpisah, diriku dan dirimu,
Dalam ruang dan waktu,
Sendiriku jalani sepiku, tanpa dirimu,
Resahku tanpa hadirmu,
Sungguh berat hatiku untuk merasakannya

Salahku mencintai dirinya saat jauhku terpisah darimu,
Dan hadirnya menyentuh hatiku,
Untuk cintainya,
Hatiku pun inginkannya,
Hingga runtuh setiaku kepada dirimu

Kusakiti hatimu yang tulus mencintaiku….

Maaf ku tak bisa memilih dirimu
Karena kuterhanyut mencintai dia
Inilah salahku yang memberi ruang
Didalam hatiku tuk mencintainya…
(terhanyut jiwa ini,terjatuh dihatinya)


Assalamualaikum wbt…

Ok..post kali ni aku berminat untuk mulakan dengan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh Sixth Sense bertajuk ‘Tak Bisa Memilihmu’. Ape kes pulak kan aku letak lagu nie? Tak thiqoh betul la. Tak kisah la korang nak cakap ape, tapi bace dulu sampai habis. Takkan la aku saje-saje je nak letak.

Ade maknenye aku letak lagu nie. Bukan bermakna aku sedang dalam dilema antara dua jejaka. Takde maknenye kalau macam tu!

Sebenarnya lagu ni dah lama terperap dalam handphone aku ni. Nak dijadikan cerita, tibe-tibe terpasang la pulak (ke saje-saje pasang?). Mula-mula dengar kosong-kosong je. Pastu dengar sekali lagi. Macam best pulak. Then dengar lagi buat kali ketiga. Otak aku dah tafsirkan lagu ni lain. Dengar lagi buat kali ke-empat. Terasa lagu ni terkena tepat pada sasarannya (iaitu aku la). Sekali lagi aku mainkan buat kali ke-lima. Tiba-tiba,hati aku sedih, bergenang air mata aku.

Kalau dengar sekali lalu, lagu ni mengisahkan tentang sepasang kekasih yang berjauhan. Si lelaki mula merasakan sepi, dahagakan kasih sayang. Pucuk dicita ulam mendatang, datang sorang perempuan menagih cintanya. Terpesona dengan perhatian perempuan baru tu, maka si lelaki sanggup meruntuhkan tembok setianya terhadap aweq lame die tadi. Walaupun si lelaki tahu bahawa dia yang bersalah sebab bagi can kat aweq baru tadi, namun dia tak mampu untuk berpaling semula kepada aweq lame die sebab die seolah-olah dah terikat dengan aweq baru tadi.

Haa..begitulah secara ringkasnya. Tapi, bukan kisah ini yang aku nak kongsi dengan korang. Cerita ni takdelah sedih mana. Kumbang bukan seekor. Aweq lame tadi boleh je nak cari yang lain.

Apa yang aku nak kongsi adalah….

Kisah mengenai seorang insan bernama Hamba yang dalam hatinya cuma ada cinta kepada Allah, cinta kepada Ilahi (kekasih pertama). Namun, semakin lama dia di dunia ini, semakin dia hanyut dalam arus nikmat yang sementara itu, terus menerus membawanya ke lembah kelalaian. Akibatnya, dirinya semakin jauh daripada cinta Ilahi. Semakin sepi daripada kasih sayang. Mula rasa resah gelisah kerana tiada yang memberi perhatian kepada dirinya.

Maka, Agen Mencari Jodoh yang bernama En.Syaitan mula memainkan peranan. Tanpa dia sedari, telah hadir seorang makhluk bernama Insan yang membuatkan hatinya benar-benar berdegup kencang. Mungkin kerana rupa parasnya yang tak jemu mata memandang. Mungkin juga kerana kehebatannya yang tiada tandingan dalam segenap bidang. Atau, mungkin juga dia tidak tahu puncanya. Yang pasti dia sudah terpaut. Bertuah sungguh rasanya, kerana cintanya ternyata tidak bertepuk sebelah tangan.

Namun, dalam mengecapi bahagia bersama pasangan baru (tanpa ikatan sah) sang Hamba sedar bahawa dia telah lari jauh daripada kekasih pertamanya. Dia sedar bahawa dia yang seharusnya dipersalahkan kerana membenarkan hatinya dimiliki oleh orang lain iaitu Manusia. Tapi, apakan daya, Insan kini adalah segala-galanya dalam hidup Hamba. Tiada apa yang boleh mengganggu gugat cinta mereka. Hinggakan si Hamba sanggup berpaling tadah daripada cintanya kepada Allah. Ini semua hasil kerja keras En. Syaitan yang terlalu inginkan Hamba & Manusia bahagia.

Hamba betul-betul hanyut. Hamba kini sudah melupakan kekasih pertamanya.

Inilah kisah yang aku dapat daripada lagu tu. Tak tahulah korang dapat kaitkan atau tidak lagu tu dengan kisah yang aku ceritakan tadi. Kalau ada yang tak dapat nak tangkap, ni aku buat secara ringkas.


• Bila hati semakin jauh daripada Allah, roh tidak diberi makan, kita mula tidak merasa nikmat kasih sayang Allah terhadap kita.

• Bila hati semakin kosong, cinta insani lebih kita suka daripada cinta Ilahi.

• Bila semakin hanyut dalam cinta insani, kita lupa pada Ilahi.


 
Allah tidak mungkin menolak cinta hambaNya, tetapi manusia mudah sahaja menolak cinta kita terhadapnya.
Carilah cinta Ilahi sebelum mengejar cinta insani.



Saturday, September 19, 2009

Bagaimana Ramadhan Kita?

Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar,kita dah pun tiba di hari terakhir bulan Ramadhan.So,ape cerita?Macam mana Ramadhan kita?Hah,sendiri jawablah ye.Tapi,walaupun Ramadhan dah berakhir,janganlah kita 'pause'kan segala amalan selama 11 bulan sementara menanti next Ramadhan.Kebiasaannya orang buat baik time bulan Ramadhan je.

"Ish,bulan pose ni x baik mengumpat."(sorang makcik yang tak ingin disiarkan namanya)
"Nasib baik ni bulan pose.Kalau tak,dah lame dah aku cekik-cekik ko ni."(Bob,bukan nama dalam IC)

Ai makcik,Bob,bulan pose je ke tak boleh buat benda gitu?Bulan lain boleh pulak ye?Tak boleh la gini.11 bulan bebas buat benda-benda tak molek bandingkan dengan 1 bulan buat ibadah.Uish,lagi banyak yang 11 bulan tu.Aku cakap macam ni,ade jugak yang bagi alasan,'Ala,kan dalam bulan Ramadhan pahala bergande-gande!'.Kalau tak nak terima apa yang aku cakap ni,cakap je la terus terang.Ramadhan kan sebagai madrasah atau universiti untuk melatih,mendidik kita-kita ni dari segi rohani dan jasmani untuk menempuh dan mengharungi kehidupan kita yang seterusnya.

Mendidik kita dari segi ibadah,dengan solat tarawihnya,dengan tuntutan solat tahajudnya,dan bermacam-macam lagi tuntutan ibadah sunat yang amatlah digalakkan di bulan Ramadhan ni.

Mendidik kita dari segi jasmani,dengan ibadah puasanya,memberi sedikit rehat kepada perut kita yang sudah sekian lama berkhidmat memproses segala ayam KFC,burger McD,nasi lemak,nasi minyak dan yang sewaktu dengannya.

Subhanallah...
Ramadhan juga satu nikmat yang Allah kurniakan,di mana Allah telah menjanjikan rahmat,keampunan dan jaminan terhindarnya kita daripada api Neraka.Bulan lain mana ada macam ni.Nak katanya,rugilah bagi sesiapa yang tidak menggunakan peluang yang Allah beri ni dengan sebaik-baiknya.Tersangatlah rugi!Tak tipuuu...betul-betul rugi.


So,renung-renunglah kembali,
Bagaimanakah Ramadhan Kita?

Ingatlah sahabat sekalian..
Jangan kita hanya menjadi HAMBA RAMADHAN,tetapi jadilah HAMBA ALLAH...

Tuesday, August 11, 2009

Syukur

Seringkali kita mengharapkan pemakbulan doa oleh-Nya di hujung doa kita. Sememangnya itulah yang menjadi impian setiap hamba, setiap apa yang dipohon mendapat kelulusan. Andainya diinterpretasikan dalam situasi boss dan pekerja, sudah pasti pekerja itu mendapat dicop dengan gelaran ‘banyak lemak’, ‘banyak songeh’ dan yang sewaktu dengannya. Mujurlah Allah itu Maha Memberi. Setiap apa yang hamba-Nya minta, Dia pasti akan memenuhi permintaan mereka. Kalau kita tak bersyukur lagi, tak tahulah nak kata apa. Memang tak kenang budi. Bak kata para mak,”Bertuah betul budak ni.”


Memang bertuah pun. Dari sekecil-kecil zarah, hinggalah sebesar-besar gajah, semuanya Allah bagi. O2 yang duk sedut tiap2 saat tu, semuanya Allah yang bagi. Setiap mililiter darah yang mengalir dalam vessel, vein mahupun artery ni, ALLAH juga yang hadiahkan. Mak ayah yang kita sayang sangat-sangat tu, kalau ALLAH tak izinkan mereka ada, maka takdelah mereka kat dunia ni. Isteri @ suami yang teramat dicintai, ALLAH jugalah yang menentukan jodoh kita dengannya. Konklusinya, semuanya milik ALLAH, semuanya hak ALLAH dan ALLAH jualah yang Berkuasa ke atas segalanya di dunia ni.

Statement ni sebenarnya semua orang dah hadam, dah cair, dah ‘masyi’ dah pun, cuma kadang-kadang kita terlupa, terlalu leka dengan segala nikmat ini, hingga merasakan kita punya hak mutlak ke atas semua harta yang kononnya kita miliki.


Dialog masyarakat:


A dan B...


A : “Ish, kenapa dipukulnya anak tu? Die buat salah ape?”
B : “Takde salah ape pun. Aku punya anak, suka hati aku lah nak pukul ke, nak tampar ke.”


C dan D...


C : “Alhamdulillah, perniagaan aku semakin maju sekarang.”
D : “Em..tu pun nasib baik aku pinjamkan kau duit. Kalau bukan aku yang bagi, aku rasa dah lame dah kau jadi pengemis kat tepi-tepi jalan tu.”


Monolog pemerhati:


‘Amboi amboi amboi...angkuh wa bongkak bebenor la kite ni yek. Hebat betul sampaikan boleh menentukan takdir hidup orang lain.’


Ehem2..manusia, dengar ni ye, aku pulak nak cakap...
Ini semua bukan kau yang punya tau...
Pun bukan Ahmad Albab yang punya...
Tapi ni semua, ALLAHlah pemiliknya!


Hebat tak hebatnya SYAITAN ni. Mampu menggoda manusia hingga ke tahap ni. Hakikatnya, tulah kerja depa dari dulu sampai Qiamat nanti. Pernah sekali dalam kuliah Ust Muhadir, beliau ada menyebutkan tentang bagaimana SYAITAN menghasut manusia. First step, SYAITAN akan menggoda manusia supaya melakukan kejahatan dan meninggalkan kebaikan. Kalau dia fail, dibisikkan pula supaya manusia lalai daripada mengingati Allah. Andainya dia fail lagi, ditiup pula rasa riya’(musuh dalam selimut) dalam hati manusia. Makhluk tu tidak akan berputus asa menghasut anak cucu Adam dan Hawa dari setiap corner. Tak dapat kut depan, pi belakang pulak. Tak dapat kut kiri, pi kanan pulak. InsyaAllah, kalau kena pada orang yang beriman, SYAITAN pi mai pi mai, tang tu jugak. Maintain khusyu’ dalam ibadahnya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertuah itu. Amiin...


Back to syukur...


Orang selalu tertanya-tanya, how to express our appreciation? Adakah dengan sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH, itu sudah dikira bersyukur? Secara zahirnya, ya. Setiap kali kita memperoleh satu nikmat yang dikurniakan ALLAH melalui wasilah-wasilahnya yang kadang-kadang kita sedar dan kadang-kadang kita tidak sedar, mengucapkan ALHAMDULILLAH adalah satu indikator yang menunjukkan bahawa kita bersyukur dengan nikmat itu. Tetapi, di samping ucapan syukur yang kita lafazkan melalui lisan ini, mestilah disertai dengan perlakuan yang menunjukkan bahawa kita bersyukur.


Perlakuan yang macam mana?
Macam nie..




SUJUD SYUKUR

































GUNA NIKMAT KE ARAH KEBAIKAN






















LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
Ni sebahagian je..banyak lagi yang boleh kita buat untuk menzahirkan rasa syukur..yang penting..
YAKIN BAHAWA SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH..
Last from me..bersyukurlah dengan result mid-sem anda (^_^)v