Showing posts with label Iklan. Show all posts
Showing posts with label Iklan. Show all posts

Monday, November 29, 2010

Kuala Lumpur Berselawat


KUALA LUMPUR BERSELAWAT
10 & 11 DIS 2010
DATARAN PUSAT ISLAM KL
5 - 11 MALAM

HARI PERTAMA
5.00 - 5.30 petang   :   Bacaan Ratib Al-Haddad
5.30 - 7.00 petang   :   Persembahan qasidah bergendang
9.00 - 11.00 malam  :   Malam Layar Mahabbah
                                 (AlMawlid, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)

____________________________________

HARI KEDUA
5.00 - 5.30 petang   :   Bacaan Ratib Al-Haddad
5.30 - 7.00 petang   :   Persembahan qasidah bergendang
9.00 - 11.00 malam  :   KUALA LUMPUR BERSELAWAT (acara kemuncak)
                                 - bacaan Mawlid Ad-Dhiya' Ullami' dan ceramah
                                   oleh Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid


Sunday, September 20, 2009

Syawal Menjelma

Handphone berbunyi.

Sekali..Dua kali..Tiga kali..Empat kali..

'Ai,banyak benor mesej ni.Sape yang rajin nganto ni?'

"Dalam sungai ada buaye,Selamat hari raye!"
"Selamat Hari Raya.Maaf Zahir & Batin,Fizikal & Mental,Jasmani & Rohani..."
"...selamat hari raya,maaf zahir batin..."
"Ketupat dianyam lemang dibakar,makan bersama di pagi raya,kumohon kemaafan batin & zahir,kepada teman rakan & saudara"

Erm,dah nak raye ni,handphone mulelah nak busy(cee,macam femes je).Macam-macam ade!Pantun due kerat ade,4 kerat tak same rima ade,yang biasa ade,yang jenis tazkirah pun ade.Zaman dah makin canggih...

Jadi,di kesempatan ni,

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan buat family tersayang,
Abah,Mak,Along & K.Yati,Angah & K.Miza,K.De & A.Kie,Abang,K.Dah,Adam,Acop,Daniel,Alif dan Alya.Love my family so much!
Tak lupe juge pada Tok,Wan,semua pak sedara & mak sedara,sepupu sepapat,dua pupu dua papat,tiga pupu tiga papat,dan semua sanak saudara di Malaysia mahupun di perantauan.

Buat adik beradik usrahku,Sofwatul Humaira,
Along,Ayong,Angah Liyana,Achik ET,Alang Ummu,Ateh Ezza,Ude Syakirah,Anjang Hayati dan Adik Aishah.Sayang korang!

Buat rakan-rakan sepermainan di SRI Al-Irsyad dulu,
Nadhirah,Raja Atiqah,Atiqah,Athirah dan yang lain.

Buat rakan-rakan se'study' di SMA Al-Ihsan,
Bazilah,Atiqah,Husna,Muna,Ema,Yat,Ain,Basyirah,Aini,Majdah dan yang lain.

Buat teman seperjuangan di DQ,
especially Ayong,kakak-kakak Ilham,sahabiah ITQAN dan adik-adik Gen10.

Buat rakan-rakan Gen9,
Hani,Farah,Adlina,Husna,Munirah,Fathihah,Dayah,Ecah,Wani,Tiqah,Dalila,Aisyah Humaira,Jaja dan semualah.(sorie,tak larat nak type..nanti aku tambah ek)

Buat rakan-rakan di CFS,
especially roommate,Afifah atau lebih dikenali sebagai Pah,Fatinshah,classmate English,classmate Bio,classmate Math,classmate Com,classmate Iadah,hisbahmate,adik-adik SC,IPPmate,rakan-rakan MRC dan yang lain.

Dan juga buat semua yang Naimy kenal dan yang kenal Naimy.
Tak larat nak mention semua.Tak bererti korang dilupakan.
Hakikatnya,korang diingati di dalam mindaku ini.

~ Salam Lebaran ~
~ Salam Kemaafan ~
~ Maaf Zahir & Batin ~

Monday, September 14, 2009

3 Sahabat Ke Bumi Anbiya'


Selamat berjuang buat Ummu Habibah dan Siti Nur Hidayah yang sudah pun berlepas ke Mesir jam 1130 pagi tadi untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Perubatan di Universiti Al-Azhar.Teruskan perjuangan walau di mana jua antunna berada.Kami di sini akan sentiasa mendoakan kesejahteraan antunna di sana.Syukran atas segala jasa baik Alang& Dayah pada Anje.Semoga berjaya di bumi Anbiya'.

Salam juang juga diutuskan buat Khairulazmi,ex-classmate masa kat SMA Al-Ihsan dulu yang bakal terbang esok.Minta maaf banyak-banyak kalau dulu banyak buat jahat,banyak mengata.Biaselah,zaman-zaman nakal.Tak sangka dah nak terbang.Anyway,selamat berjuang di sana.




Friday, August 14, 2009

First Girl In Adam's Generation

Dalam kelas Math handset vibrate..


“Pikah, k.miza da bersalin..baby gurl..“
“Alhamdulillah. First baby gurl in Adam’s generation =)”


Dapat pulak mesej Angah(my 2nd bro yg baru jadi ayah)..


“Miza dah bersalin. Dua-dua selamat.”


Dapat aku bayangkan betapa happynya Angah. Angah kata anak die putih. Jelas, Angah sungguh berbangga dengan titlenya sebagai seorang ayah!


First of all, MABRUK pada Angah and K.Miza atas kelahiran first baby girl nie. Tak dapat aku bayangkan betapa bahagianya Angah sekarang. Mesti sengih sampai ke telinga, er macam mustahil je, tukar-tukar, sengih sampai nampak gusi. Hmm, ruginya tak dapat bersama diorang sekarang.


Anyway, nampaknya sekarang Angah, ko telah diberi satu lagi amanah oleh Allah. Dua perempuan dalam hidup ko (ni tak campur lagi mak, aku k.de and k.dah). Dua tanggungjawab, dua komitmen, dua rahmat, dua kurniaan.




Bersedialah wahai Naimran!




Tak dinafikan, sebagai seorang lelaki, tanggungjawab yang dipikul lebih berat. Sesuai dengan fitrah seorang lelaki yang kuat fizikalnya, matang pemikirannya dan beberapa kelebihan lain.


Firman Allah:Yang bermaksud:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.


(Surah an-Nisa'": 34)




ALL THE BEST FOR YOU BRO!

Saturday, June 27, 2009

First Touch (^_^')

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah, lahirlah :: Tiada Yang Istimewa :: ni..

Alhamdulillah..agak lama masa yang diambil untuk buat keputusan nak create blog nih..ye la..penulisan ni bukanlah satu bidang yang diminati..lagi best buat soalan maths(ce..konon je =p)..tapi memandangkan blog menjadi pilihan ramai untuk berkongsi cerita dan idea..so teringin gak la nak try..sejauh mana lemak dan berkrimnya bila jadi blogger ni..

Untuk first post nie,cukup sekadar ini dulu la..baru nak warming up..blog pun tak berape lawo lagi..so nantikan la yang seterusnya...