Tuesday, August 11, 2009

Syukur

Seringkali kita mengharapkan pemakbulan doa oleh-Nya di hujung doa kita. Sememangnya itulah yang menjadi impian setiap hamba, setiap apa yang dipohon mendapat kelulusan. Andainya diinterpretasikan dalam situasi boss dan pekerja, sudah pasti pekerja itu mendapat dicop dengan gelaran ‘banyak lemak’, ‘banyak songeh’ dan yang sewaktu dengannya. Mujurlah Allah itu Maha Memberi. Setiap apa yang hamba-Nya minta, Dia pasti akan memenuhi permintaan mereka. Kalau kita tak bersyukur lagi, tak tahulah nak kata apa. Memang tak kenang budi. Bak kata para mak,”Bertuah betul budak ni.”


Memang bertuah pun. Dari sekecil-kecil zarah, hinggalah sebesar-besar gajah, semuanya Allah bagi. O2 yang duk sedut tiap2 saat tu, semuanya Allah yang bagi. Setiap mililiter darah yang mengalir dalam vessel, vein mahupun artery ni, ALLAH juga yang hadiahkan. Mak ayah yang kita sayang sangat-sangat tu, kalau ALLAH tak izinkan mereka ada, maka takdelah mereka kat dunia ni. Isteri @ suami yang teramat dicintai, ALLAH jugalah yang menentukan jodoh kita dengannya. Konklusinya, semuanya milik ALLAH, semuanya hak ALLAH dan ALLAH jualah yang Berkuasa ke atas segalanya di dunia ni.

Statement ni sebenarnya semua orang dah hadam, dah cair, dah ‘masyi’ dah pun, cuma kadang-kadang kita terlupa, terlalu leka dengan segala nikmat ini, hingga merasakan kita punya hak mutlak ke atas semua harta yang kononnya kita miliki.


Dialog masyarakat:


A dan B...


A : “Ish, kenapa dipukulnya anak tu? Die buat salah ape?”
B : “Takde salah ape pun. Aku punya anak, suka hati aku lah nak pukul ke, nak tampar ke.”


C dan D...


C : “Alhamdulillah, perniagaan aku semakin maju sekarang.”
D : “Em..tu pun nasib baik aku pinjamkan kau duit. Kalau bukan aku yang bagi, aku rasa dah lame dah kau jadi pengemis kat tepi-tepi jalan tu.”


Monolog pemerhati:


‘Amboi amboi amboi...angkuh wa bongkak bebenor la kite ni yek. Hebat betul sampaikan boleh menentukan takdir hidup orang lain.’


Ehem2..manusia, dengar ni ye, aku pulak nak cakap...
Ini semua bukan kau yang punya tau...
Pun bukan Ahmad Albab yang punya...
Tapi ni semua, ALLAHlah pemiliknya!


Hebat tak hebatnya SYAITAN ni. Mampu menggoda manusia hingga ke tahap ni. Hakikatnya, tulah kerja depa dari dulu sampai Qiamat nanti. Pernah sekali dalam kuliah Ust Muhadir, beliau ada menyebutkan tentang bagaimana SYAITAN menghasut manusia. First step, SYAITAN akan menggoda manusia supaya melakukan kejahatan dan meninggalkan kebaikan. Kalau dia fail, dibisikkan pula supaya manusia lalai daripada mengingati Allah. Andainya dia fail lagi, ditiup pula rasa riya’(musuh dalam selimut) dalam hati manusia. Makhluk tu tidak akan berputus asa menghasut anak cucu Adam dan Hawa dari setiap corner. Tak dapat kut depan, pi belakang pulak. Tak dapat kut kiri, pi kanan pulak. InsyaAllah, kalau kena pada orang yang beriman, SYAITAN pi mai pi mai, tang tu jugak. Maintain khusyu’ dalam ibadahnya. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bertuah itu. Amiin...


Back to syukur...


Orang selalu tertanya-tanya, how to express our appreciation? Adakah dengan sekadar mengucapkan ALHAMDULILLAH, itu sudah dikira bersyukur? Secara zahirnya, ya. Setiap kali kita memperoleh satu nikmat yang dikurniakan ALLAH melalui wasilah-wasilahnya yang kadang-kadang kita sedar dan kadang-kadang kita tidak sedar, mengucapkan ALHAMDULILLAH adalah satu indikator yang menunjukkan bahawa kita bersyukur dengan nikmat itu. Tetapi, di samping ucapan syukur yang kita lafazkan melalui lisan ini, mestilah disertai dengan perlakuan yang menunjukkan bahawa kita bersyukur.


Perlakuan yang macam mana?
Macam nie..




SUJUD SYUKUR

































GUNA NIKMAT KE ARAH KEBAIKAN






















LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB
Ni sebahagian je..banyak lagi yang boleh kita buat untuk menzahirkan rasa syukur..yang penting..
YAKIN BAHAWA SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH..
Last from me..bersyukurlah dengan result mid-sem anda (^_^)v

Sunday, July 26, 2009

Hari Yang Ditunggu

Jam 9 pagi, abah nak bertolak dah. Dah siap angkut2 barang, tiba2..

“Mak! Taknak balik!”, kata aku sambil peluk pintu.

“Hey, budak nie! Tadi kate nak balik sangat. Sudah dah..”, reply mak aku.

Kakak aku ternganga tengok adik die.

(^_^) Seronok pulak beracting pagi2 ni.

Hari ni balik kampung..


Maksudnya..aku bakal berjumpa dengan  tak lama lagi!!!


Sangat mendebarkan. Because this will be our first date. Tak rancang pun sebenarnya, tapi ni kehendak family die. So, aku ikut je. Lagi pun, family die lagi ber’kuasa’. Aku takde hak nak halang.

Family die suruh aku siapkan semua persiapan sebelum date tu supaya semuanya berjalan lancar. Depa takut aku gabra je time tu nanti. Tapi aku rasa, ready tahap mana pun, aku akan still gabra gak!

Persiapan masih lagi sedang berjalan. Mak dengan abah pun risau tengok aku. Hari dah nak dekat dah, tapi banyak lagi yang tak siap. Ni alang-alang kat kampung, mintak la sikit nasihat daripada wan aku tu. Orang tua2 lagi banyak makan garam kan.
Mak dengan abah pun pesan,
”Nanti jangan gabra sangat. Nanti diri sendiri yang rugi.  tu bagus. Rugi kalau tak dapat die. Sementara ada peluang ni, rebut habis-habisan.”

Ai, kena main rebut-rebut lak ek? Memang la kan, benda baik, semua orang nak.

Tak tahulah camne aku nak menghadap  tu. Macam mana la rupanya? Eh rupa tak penting, apa yang penting?


Kerjasama!

Er, betul. Kerjasama tu penting. Tapi, dalam kes ni lain. Apa yang penting, isi kat dalam tu. Ha,betul tak?




Betul,betul,betul!



Alahai, tadi Wonderpet, ni Ipin lak. Sebok je korang ni.




Ek eleh, merajuk pulak.
Em, takpelah. Daripada duk pikir mende ni @ layan budak2 ni, baik la aku gi completekan preparation aku yang tak complete2 lagi tu. Kang tak pasal2 family die marah kat aku. Hee, tak mau. Nanti kene reject. Kita mengharapkan yang baik, kita pun kene la baik. Betul tak? Eh Ipin, tak yah jawab ye. Takpe2. Terima kasih,susah2 je.

Anyway, let us proceed to the preparation. Teringat kata-kata yang tertulis kat belakang t-shirt kelas 5AF2*..


~ BUCKLE YOUR SEAT BELT AND PREPARE FOR THE RIDE OF YOUR LIFE ~

, see you soon!



*Note: Al-Farabi ye, bukan Akademi Fantasia..

Wednesday, July 8, 2009

Di Tepi Tangga Itu Ada...

Tadi baru habis sesi penggambaran buat kali kedua untuk sidang redaksi majalah Gen9..tak habis lagi rupenye majalah ni..hehe..jangan marah ye TKE..

Macam-macam aksi la kitorang persembahkan kat zc tadi..

Settle gak akhirnye sesi penggambaran kali ni..

Em tak tau la nape..kali ni berjalan lancar..tak macam yang 1st dulu..

kenapa?kenapa?dan kenapa?

Hanya banat redaksi dan Allah yang mengetahui...

Its already 1135..kalau kat rumah,aku rasa waktu ni dah cukup lewat bagi seorang anak perempuan untuk balik ke rumah..tapi kat sini..rasa cam awal lagi..takde la lewat sangat..mungkin sebab kat sini ramai yang study sampai lewat malam..ada yang ber'meeting'..dan aktiviti-aktiviti lain la..so tak la rasa sunyi sangat..

Sunyi tak sunyi..tak berani gak nak balik sorang..ye la..dah la malam-malam bute camni,balik sorang-sorang..takut gak..tapi nak wat camne..sahahabiah KC yang lain semua dah berangkat..

Maka,aku memulakan langkahku meninggalkan bumi ZC untuk berhijrah ke bumi KC diiringi doa dan tawakalku pada Allah..dengan berani dan gagah perkasanya..

Tak sampai seminit perjalanan..aku ternampak bayangan di sebalik dahan-dahan pokok di tepi AMF..

'Ya Allah..amende pulak dah nie..janganlah Kau timpakan perkara yang buruk ke atasku..aku tak nak jumpe dengan benda-benda camni..'

Bile makin dekat...adusss!!!Tepat sekali sangkaanku....

Ade brothers di situ!!!!

Huh..takpe la..brothers je pun..wat derk je..

Bila dah makin hampir..sekali lagi aku terkejut,terjentat dan sewaktu dengannya..sebab apa??

Sebab ade sisters jugak kat situ!!!!

Sebaik sahaja mereka melihat kelibat aku..telinga aku menangkap satu suara.."Weh,baik sket weh..baik sket..tu.."..tak tahulah ape yang insan tu maksudkan..aku cukup malu nak memalingkan wajah ke arah mereka..cukup rapat mereka duduk melepak bersama di tangga itu..bagi aku itu da kire SANGAT,SANGAT rapat..tak tahulah bagi mereka macam mana..

Astaghfirullah...

Aku agak tergamam dan tak sanggup rasa nak melihat ke arah insan-insan itu..
Sedih,kasihan,geram...semuanya bercampur baur..

Ternyata..aku masih lagi tidak mampu untuk menghadapi situasi seperti ini..
Untuk menegur..
Untuk mengislahkan mereka..

Ya Allah..kuatkan hati hamba-Mu ini..

Friday, July 3, 2009

Em..rindunye...

Sayu hati melihat mak abah berlalu tadi..(T_T)

Mulanya nak ikut balik gak tadi..tapi memikirkan banyak kerja yang perlu disettlekan..tambah lagi dengan mid exam yang tak lama lagi..nak pulak banyak lagi benda yang aku tak faham..so tak jadi la nak ikut balik..takpe la..cuti pun tak lame dah lagi..last2 gi kelas dengan air mata bertakung..huhu

Actually,aku rindu kat anak-anak aku sebenar..anak-anak??bile mase pulak aku beranak?takde r..anak-anak sedara la..kire anak la tu kan...
Berikut adalah list detail mengenai anak-anak aku..check it out..

Mohd Adam Hakimi Bin Md Yusli


  • 7 TAHUN
  • NAMA MANJA : AWANG
  • CIRI-CIRI : RAMBUT MAWI,PENDEK2 SKET,PERUT BESAR SKET,GIGI PATAH SATU KAT DEPAN,QUITE CHUBBY,MUKE FOTOSTAT DRPD ABI DIE,MACHO(haha),TADHIYAH TINGGI(selalu beralah dengan Acop tu),PANDAI MENGURUS RUMAHTANGGE(jadi pembantu setia Mama die kemas rumah,jage adik2,jahit baju)
  • STATUS : SINGLE =P
  • er Adam..sori..Acu takde pic Adam yang latest..so amik tym Adam kecik je(^_^')
Mohd Yusof Hafizi Bin Md Yusli

  • 3 TAHUN
  • ADIK KEPADA ADAM
  • NAMA MANJA : ACOP
  • CIRI-CIRI : HENSHEM,ENERGETIC,LASAK,KURUS,PERAMAH,SUKE KEMAS RUMAH,PENYAYANG,KEDEKUT SKET(skeeeet je la),AGAK MANJA,PEMENDAM,TAAK SUKE NANGIS DEPAN ORANG
  • STATUS : SEDANG DIUSHAR(hehe..)
Alif Solehin Bin Mohd Fadzli


  • 2 TAHUN
  • NAMA MANJA : ALIF,PAU,BERGEDIL
  • CIRI-CIRI : CHUBBY,PANDAI AMBIL HATI ORANG,AKTIF,MANJA DENGAN ABAH N MAMA,SUKE SENYUM,AGAK SUSAH DIPUJUK,BERGAYA
  • STATUS : UNKNOWN

Mohd Danial Hamidi Bin Md Yusli

  • 1 TAHUN
  • NAMA MANJA : NIYE
  • CIRI-CIRI : KURUS,TINGGI,AGAK SUSAH DIPUJUK,SUSAH NAK BERPISAH DENGAN MAMA..
  • em xtau dah nak cakap pe coz budak ni kecik lagi,tak tunjuk belang lagi..

____________ Bt Naimran

  • COMING SOON THIS RAMADHAN..INSYAALLAH

Em...rindunye kat korang...jangan lupe Acu kat sini tau...