Dalam usia kita yang muda ini,sweet nineteen kononnya,seringkali kita lupa yang MAUT tidak mengira usia dan masa. Andainya esok waktunya, maka esoklah terputusnya segala hubungan kita dengan apa yang kita ‘miliki’ di dunia ini, tiada lagi ibu dan ayah yang kita sayangi, tiada lagi rumah yang kita diami, tiada lagi Sony Ericsson, tiada lagi Acer, tiada lagi $$$, dah takde apa yang nak ikut kita tinggal dalam rumah warna coklat tu, namun Allah itu Maha Belas Kasihan, amal jariah,ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh menjadi saham buat kita setelah kita tiada.
Hakikatnya, ZIKRUL MAUT menjadi formula yang paling tepat sekali dalam usaha untuk mencapai khusyu’ dalam ibadah kita. Bukan sahaja dalam ibadah, malah dalam mengabdikan seluruh kehidupan ini khusus buat-Nya.
Anggaplah hari ini hari terkahir kita, anggaplah solat ini solat terakhir kita, anggaplah puasa ini puasa terakhir kita, anggaplah bakti ini bakti kita yang terakhir buat ibu bapa kita, anggaplah kita tidak punya masa lagi untuk melakukan ibadah selepas ini...
Alangkah ruginya, bila kita menghadap-Nya tanpa apa-apa bekalan sedangkan kita telah diberi peluang yang rasanya cukup lama di dunia ini untuk melaksanakannya...apa yang kita nak present depan Pencipta kita nanti???Bersediakah kita???
Sekadar muhasabah diri..perbanyakkanlah istighfar..mengenangkan dosa yang kita lakukan sama ada secara sedar atau tidak..hakikatnya kita ini hamba yang lemah..tidak mampu menangkis godaan-godaaan syaitan yang tidak putus-putus membisikkan manifesto mereka di telinga kita..Rasulullah s.a.w. sendiri yang telah dijamin syurga baginya,baginda melafazkan taubat 70 hingga 100 kali..sedangkan kita???
Daripada Abu Said Al-Khudri r.a., daripada Nabi SAW, baginda bersabda:
“Barangsiapa yang mengucapkan tatkala ia mahu tidur:
ASTAGHFIRULLAHALAZIM, ALLAZI LA ILAHA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM, WA ATUBU ILAIH
maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan, walaupun sebanyak bilangan dedaun di pokok, walau sebanyak pepasir di pantai dan walau sebanyak mana bilangan hari di dunia.”
(Riwayat Imam at-Tirmizi)
Mengapa Rasulullah SAW menggalakkan umatnya beristighfar sebelum tidur?Tidur itu orang kata mati kecil. Dalam erti kata lain, semasa kita tidur, kita seolah-olah mati, tidak sedar apa-apa. Boleh jadi tidur itu tidur kita yang terakhir, tidak mungkin kita sedar untuk esok hari. Mintalah ampun dan bertaubatlah selagi kita masih ada masa...
“Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurga-Mu.
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu.
Ampunkan dosaku terimalah taubatku.

Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.”
No comments:
Post a Comment