Seindah salam membuka bicara...
Terbatuk-batuk masa bukak blog ni..sebab banyak sangat habuk dan sesawang..siap ade sahabat yang offer diri nak tolong sapu lagi..sangat2 terharu..thanx aniq..hehe =p
Bila teman-teman semua tanye,”awat x update2 lg nie?”..dan alasan famous aku,”takde mase r”..
Hakikatnya, tu la yang dirasai sepanjang 2 minggu lepas. Nak makan, takde selera, sampai hampir2 pengsan, nasib baik sempat lari ke bilik ET. Nak tidur, memang tak lena. Nak study, memang kena study sebab nak exam mid sem. Terkena penangan program Intermahallah yang datang bertimpa-timpa. Straight 3 program dalam masa 3 minggu.
Bermula dengan ISTEC (Islamic Science And Technology Week) 28-30 Disember 2009. Dengar je ISTEC je, terus rasa cam terseksa. Tak dinafikan, memang perit nak wat program ni. Dalam ISTEC ni, post Asst Treasurer 2 yang seakan-akan Main Treasurer ditaklifkan. Dengan bermacam-macam masalah yang timbul, sampai rasa ISTEC ni dah mustahil dan takde harapan untuk dijalankan, kalau nak cerita kat sini, tak larat tangan nak menaip. Mainboard tiap-tiap hari sakit kepala. Nak-nak lagi yang paling atas nu. Akhirnya, Alhamdulillah, berkat doa serta usaha committee2 yang komited, ISTEC dapat juga dilaksanakan. Tahniah buat Amira ZC yang memenangi anugerah THE BEST COMMITTEE FOR ISTEC. Hehe. Then, rehat 2 hari jap (rehat ke???) MAIG (Mahallah Integration Games Carnival) 2 Disember 2010 pula menyusul. Kali ni, Pub Pro menjadi bidang tugas aku. Thanx a lot and sorry sangat2 pada head com Pub Pro, John sebab aku tak banyak tolong untuk MAIG ni. Luckily, MAIG ni take time sehari je, asalnye 3 hari, pendek pulak jadi 2 hari dan seterusnya SU memberi cadangan pendek lagi sehari lalu dipersetujui semua. Maka dengan itu, K. Gee, Muaz and the gang selaku PC(programme coordinator) dan beberapa lagi insan terpilih bermeeting sambil menyambut tahun baru sampai kul 5 pg untuk memastikan MAIG ni berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, MAIG berjaya dengan jayanya! Seterusnya, yang bakal tiba tidak lama lagi, MAICFEST (Mahallah Islamic Culture Festival) 11-13 Januari 2010. Untuk MAICFEST ni, aku menabur budi selaku PC pulak. So far, gerak kerja MAICFEST ni nampaknya berjalan lancar. Kagum dengan pihak tertinggi yang bergerak dengan aktif sejak dari awal lagi. Nampak gaya MAICFEST ni akan menjadi happy ending buat semua MRC. InsyaAllah ye...
Penat memang penat. Tapi, suka duka ni akan jadi satu pengalaman dan kenangan yang amat bermakna. Tak pernah-pernah aku gi ronda-ronda PJ edar doorbill, housebill, masjidbill, carbill tapi demi ISTEC, kami buat. Tak terjangkau dek pemikiranku ini memandangkan aku ni tak suke sangat berjalan-jalan. Selama ni aku tak pernah tahu pasal protokol la n segala ape2 benda tah yang berkaitan dengan VIP2 ni, tapi dalam MAIG aku belajar bab ni secara praktikal. Kalau sebelum ni, aku amat tidak menyukai sesi brainstorming sebab aku merasakan bahawa aku ni bukan seorang pemikir, tapi dengan menjadi PC yang perlu sentiasa bersedia dengan backup plan, aku perlu melatih diri menjadi seorang pemikir. Dengan program-program ni la aku belajar banyak benda..
So, konklusinye...
Teruskan berpersatuan!Jangan serik-serik ye..
2 comments:
teruskan berpersatuan
tp taun dpn nk tinggal sy sorg2..
cmni a akk T_T
haha..bakpe??
afiqah dah tak nak terlibat nge mrc ker??
klu x nak mrc..
fscc ada..
frc pun ada..
pilih2...
hihihi
akak lambai dr jauh jer
Post a Comment