Suatu hari Rasulullah mengajak cucunya yang masih kecil, Hasan dan Husein, ke masjid. Tiba-tiba terdengar suara azan. Rasulullah pun memimpin solat berjamaah. Ketika Rasulullah sujud, Hasan dan Husein mengira Rasulullah sedang mengajak main kuda-kuda. Jadi mereka pun menaiki belakang Rasulullah. Anehnya, Rasulullah tidak marah. Beliau malah memanjangkan sujudnya sampai Hasan dan Husain turun dari belakang beliau.
Setelah selesai solat seorang makmum bertanya pada Rasulullah, “Mengapa Anda memanjangkan sujud?” tanyanya.
“Kerana tadi cucuku, Hasan dan Husain menaiki belakangku,” jawab Rasulullah.
Jelas dan nyata sifat kasih sayang Rasulullah terhadap anak kecil.
Hendak mengendalikan anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semudah menaip mesej. Tidak semudah menjawab soalan math.
Apa yang ditulis ini merupakan pengalaman diri. Menjaga anak kecil. Bukan adik kandung sebab aku anak bongsu. Bukan anak sendiri sebab aku bujang lagi. Tapi anak-anak abang dan kakak.
Biasalah, budak-budak kecil, dari segenap sudut bantuan kita diperlukan. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bab ni, tak kisahlah. Alang-alang, boleh asah parenting skill kita.
Paling tak tahan, bila mereka buat onar. Faham tak onar tu ape? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, onar bererti gempar, huru-hara, kacau, rusuh. Jadi, maklum sajalah, bila si pelakunya budak-budak kecil yang sedang meningkat umur, bak kata abah aku,"baru dapat tangan, baru dapat kaki"..sekali mereka buat onar, MASYAALLAH..disaster rumah dibuatnya.
Yang tukang jaga ni pun, dengan relanya kemas balik.
5 MINIT KEMUDIAN....
Tukang jaga sedang mengulangi perbuatannya tadi.
10 MINIT KEMUDIAN....
Tukang jaga tadi sekali lagi mengulangi perbuatan tersebut diiringi dengan beberapa ayat bernada tinggi.
5 MINIT KEMUDIAN....
Tukang jaga membiarkan sahaja onar terus berlaku dan hanya mampu melihat keadaan sekeliling yang dah tak ade rupe ruang tamu.
Kadang-kadang, mahu bengang jugak dibuatnya. Tapi, 1 TIPS untuk menghilangkan kebengangan itu.
Ingatlah,
MEREKA AHLI SYURGA! MEREKA TIADA DOSA!
SEDANGKAN KAU?
TAK TAHULAH HATI HITAM BANYAK MANA!
Ambik nak! Terus sejuk hati....tersenyum si tukang jaga tadi.
Kepada yang bergelar abang@kakak,
Bimbinglah adik-adik anda, jadilah contoh yang baik kepada mereka.
Kepada yang bekerja menjaga anak kecil,
Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.
Kepada yang bergelar ibu@bapa,
Coraklah anak-anak anda dengan warna-warna Islam.
Kepada yang tidak bergelar mana-mana seperti di atas,
Sayangilah anak-anak kecil walau siapa pun mereka.
Kepada yang BUANG ANAK,
Ni nak marah ni..hish..
BERTAUBATLAH KALIAN..SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH.
Inilah wajah-wajah yang kukasihi.....
9 comments:
chumell :)
betul tu asah parenting skill.
sy setuju!
(>_<)
ima,nmpknye parenting skill ima dah almost complete dah nie ^^
pika, nk pinjam 1 !!!!
nk babysit waktu cuti niey....hehe
Menjaga budak kecik memang 'best'...empunya diri ini yang ada 11 adek, x tahu nak describe cmne...yg penting, kte kena kuasai gk ilmu psikologi, beljar utk memikat hati adek laki2 dan adek yg perempuan....
~bumblebee
bole main pnjm2 ek?mn bole baby sit je..kena baby feed,baby bath,baby sleep,blake2 ah..stakat sit aje baek xpayah =)
~nor azhar
yg ni msti dah tahap expert nih..ade 11 prebet..bab ilmu psikologi 2 mmg penting..tuk pikat hati mereka sekaligus serapkan nilai-nilai Islam dlm diri mereka..semoga adik2 azhar juga bjiwa pemuda sprti abgnye..insyaAllah..
11 prebet...haha
btol2..
sabo je tgok adek2 wat spotcheck..
tgok je.. tp lame2 dorg gerun la ngn pndgn membunuh ni.. kakak grg kan.. hikhik..
makanye, lari lah mrk..
tp.. wat projek tmpat laen plak..
ank2.. eh, adk2.. sabo jerr..
ambe suke dak pkai rantai 2..hikhik
teringat lak kat anak sedare kt sarawak..x sbr nk tggi dyeorg balik akhir taun n..hehe
Post a Comment