Set atas, set bawah, set depan, set belakang, set siku, set siku, jeli jeli one two jus!
Meliuk lentok tangan berpaling-paling main benda alah nie. Layan anak-anak sedara punye pasal.
Lagi satu game, semua tangan letak kat tengah. Pastu...
Lat tali lat laili tamplom! Sambil tangan-tangan kat tengah tu kejap cerah kejap gelap. Faham tak? Kan ke kite duk paling-paling tangan. Kejap tapak tangan, kejap belakang tangan. Ke korang punye tapak tangan sama warna je dengan belakang tangan???Haa..cek balik ye =)
Tapi kan, percayalah. . . kalau kita nak berubah,
tak semudah membalikkan tapak tangan!
Daripada kulit gelap nak bertukar kepada 2 tona lebih cerah, mahu 2 3 minggu kena tonyoh Garnier kat muka.
Daripada sejahat-jahat Mayat, nak berubah kepada sebaik-baik Razif, bertahun-tahun kena bermukim kat pusat pemulihan. (Iklan: Geng Surau ^^)
Bukan senang nak berubah kan...
Sememangnya proses penyucian diri memerlukan pengorbanan dan kesabaran. I’m not talking about mandi right now ok. Kalau setakat mandi, memang senang r. Nak2 mandi air Sg Congkak ke air laut Pantai Rusila ke air Bukit Gambang Waterpark ke.
Penyucian diri, atau lebih kepada penyucian hati. Membawa diri berhijrah menuju cahaya redha Ilahi.
Sebut hijrah, mesti semua teringat mengenai kisah Maher Zain (ke aku je yang teringat???).
Bagaimana beliau disentuh oleh Allah. Mula sedar kehidupannya yang serba famous amous tu tak bermakna bila hatinya tidak dihuni ketenangan. Dalam kegelapan, beliau temui cahaya. Cahaya yang membawanya kembali kepada Tuhan.
Tapi, standard la kan. Syaitan dan iblis takkan sewenang-wenangnya melepaskan beliau pergi. “It’s really hard for me. A lot of things that I’ve got to go through and Alhamdulillah, here I am now. Don’t ever lose hope, InsyaAllah, He’s always be there.”,luah beliau kepada aku(yang sedang menonton MHI..hehe). Nikmat Islam yang dirasakan, ingin disampaikan ke seluruh pelusuk dunia. Dan rakyat Malaysia turut merasai.
(Tak habis2 Maher Zain! Udah2 ler!)
Bukan nak promote En Maher. Sekadar menjadikan beliau sebagai contoh semasa.
Kita lihat kisah zaman berzaman pula.
Mukanya bengis. Jelingannya tajam, mampu membunuh siapa sahaja yang memandang. Jika Islam dan Muhammad kedengaran di telinganya, serta merta darah menyirap. Kecuali kenyataan yang menghinakan. Lebih membangkitkan kemarahan, apabila adik perempuan dan suaminya mengiyakan Muhammad dan menganut Islam. Namun, tiada kuasa yang lebih agung daripada kuasa Allah. Ingin dirampasnya lembaran firman Tuhan Yang Maha Kuasa tapi dihalang oleh adiknya. Dikatakan tidak layak untuk memegang lembaran suci itu dengan tangannya yang penuh najis. Disuruhnya untuk mandi terlebih dahulu jika ingin meletakkan tangannya pada lembaran itu. Dia patuh demi untuk membaca tulisan ‘keramat’ orang-orang Islam. Lalu dibacanya. Pantas sekali ayat-ayat dari surah Taha itu meresap masuk ke hati si abang, umpama gas oksigen meresap masuk ke dalam kapilari darah. Menangis teresak-esak si abang tadi. Terus merayu kepada si adik supaya dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w..
Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Aku bersaksi Muhammad utusan Allah
Pembenci Islam dahulu kini pelindung umat Islam. Itulah Saidina Umar Al-Khattab.
Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah s.w.t., semoga ada di antara dua Umar menjadi pembela Islam. Allah s.w.t. memilih Umar Al-Khattab, bukan Abu Jahal. Segala perancangan Allah adalah yang terbaik.
Teman-teman, adik beradik dan adik-adik...
Jika anda ingin menjadi lebih baik, usahakanlah ke arah yang lebih baik. Maksud saya, usaha yang berpanjangan. Beri sokongan juga kepada sahabat-sahabat yang ingin berubah. Panjatkan doa, semoga usaha kita diberkati dan diredhai Allah.
2 comments:
satu perkataan je bleh dikaitkan dengan berubah...yakni mujahadah..
nak berubah, kena mujahadah...
biarlah mujahadah kerana kefahaman bukan kerana paksaan..
nice post...=D
May Allah always protect us from all harm..syaitan..jin..nafsu..dan sewaktu dgnnya...
Post a Comment