Wednesday, December 15, 2010

Seorang Ayah dan 3 Orang Anaknya


Hidup bermuafakat membawa berkat. Indahnya makhluk ciptaan Tuhan, ada fungsinya tersendiri. Lihat saja pada food web. Sudah fitrahnya, ada producer & consumer, prey & predator.

Tapikan En. Nyamuk, udah-udahlah gigit saya. Ramai dah kaum Encik yang syahid nih. Teman2 lain rileeeeek je tido. Aduhai..........

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Back to the story,
ini kisah mengenai seorang bapa yang tunggal lagi tua malah tidak bermaya yang bernama Man. Pak Man tinggal bersama 3 orang anaknya di sebuah kampung. Pak Man seorang bapa yang baik, cuma SATU je. Kasih sayangnya tidak sama rata.

Pak Man tersangat-sangatlah sangat menyayangi anaknya yang pertama, Har hinggakan Har hendak keluar rumah pun tak dibenarkannya. Paling jauh Har ini dibawa berjalan ialah setakat muka pintu je. Punyelah sayang, orang lain nak tengok pun tak boleh.

Anak kedua ini pula, Sau sayang juga. Cuma kureng sikit je tahap kesayangannya berbanding yang pertama. Kira tahap sederhana laa. Sau ni pulak dia bagi la lepas sikit untuk keluar rumah tapinya setakat hujung kampung je. Tak lebih semeter mahupun seinci daripada itu. Kire orang kampung kenal la jugak Sau ni.

Masuk anak yang ketiga pulak, Am , memang tak tahulah nak kata tahap apa sayang die ni.  Mungkin sayangnya tu sebesar biji sawi je. Jadinya, si bapa ni tak berapa nak kisah la dengan Am nie. Bak kata orang muda-muda," Ade aku kisah???". Lebih kurang begitulah. Maka, si Am ni seluruh negeri sudah dijejaknya tanpa dihiraukan oleh Pak Man.

Satu hari, tiba-tiba Pak  Man mendapat perintah daripada Raja supaya menghadap Raja di istananya A.S.A.P. Teramatlah cuak Pak Man. Tak berani dia hendak menghadap sorang-sorang. Maka, dengan penuh harapan, Pak Man meminta tolong daripada anak kesayangannya,Har.

"Har, bawak bapak pergi menghadap Raja ye Har."

"Boleh bapak. Tapikan bapak, Har boleh hantar sampai ke pintu rumah je. Manalah Har tahu jalan-jalan kat luar. Kan bapak tak pernah bawak Har jalan-jalan keluar rumah."

Agak kecewa hati Pak Man kerana anak emasnya tidak boleh menemaninya bertemu sang Raja.

Kemudian, Pak Man pergi pula kepada anak keduanya, Sau.

"Sau, temankan bapak pergi menghadap Raja."

"Oh, boleh bapak. Tapi, Sau tahu jalan sampai hujung kampung je la. Sau kan tak pernah dibawa ke luar daripada kampung."

Sekali lagi Pak Man hampa. Tinggal satu sahaja lagi tempat dia bergantung harap. Walaupun hatinya nak tak nak. La budda, kena jugak la minta tolong anaknya yang seorang lagi tu.

"Am, boleh ke bawak bapak pergi menghadap Raja?"

"Oh, kat istana dia ke pak? Boleh je. Am tahu jalannya."

Lega hati Pak Man. Ada juga Am yang boleh membawanya.

Maka berangkatlah Pak Man diiringi Har hingga muka pintu. Dihantarnya pula oleh Sau ke hujung kampung. Seterusnya Pak Man ditemani Am menuju ke istana. Meredah hutan belantara. Menyeberang alur sungai.

Ditakdir Tuhan, dalam perjalanan, sampan yang Pak Man dan Am naiki, karam di tengah sungai. Meninggallah Pak Man bersama Am, anak yang kurang kasih sayang daripada ayahnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pak Man @ Manusia
Har @ Harta Benda
Sau @ Saudara Mara & Keluarga
Am @ Amal Soleh
Raja @ Tuhan Yang Maha Esa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Manusia
hamba yang lemah. Penuh dosa. Serba serbi hina. Mudah tunduk pada pujukan dunia. Mudah alpa daripada mengingati si Dia.

Harta Benda
takkan pernah puas dicari selagi umur masih ada. Namun, di saat ajal datang, ia hanya tertinggal di dalam rumah. Tidak ada guna disimpan lama-lama, jika tidak ada sahamnya di Akhirat.

Saudara Mara & Keluarga
cinta pada suami/isteri, anak-anak, ibu ayah, terkadang melebihi daripada cinta buat Rasul dan Tuhan. Namun, di kala diri tiada lagi bernyawa, hingga ke liang lahad sahaja mereka bersama.

Amal Soleh
setia menemani ke mana sahaja. Hingga ke mati. Walaupun sedikit, andai istiqamah, pasti ada tempias cahayanya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Hampir tiba masanya kamu dikerumuni oleh manusia seperti mana orang-orang mengerumuni sesuatu hidangan.” Berkata seorang sahabat: “Adakah ia lantaran jumlah kita yang sedikit?” Nabi menjawab: “Tidak, sebaliknya kamu ramai tetapi kamu menjadi seperti buih-buih ketika berlaku banjir. Allah mencabut rasa gerun dari hati musuhmu dan memasukkan perasaan wahan ke dalam hatimu.”
Sahabat-sahabat bertanya: “Apakah dia al-wahan?”
Bersabda Nabi:
“Cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Imam  Abu Daud)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

#kisah ini diceritakan oleh seorang teman seperjuangan. Terima kasih Najihah Abu Bakar atas perkongsian =)

3 comments:

Azhar Al-Banna said...

ingtkan 'har' mne ar td...
citer yg bleh dijadikan bhn tazkirah...

Ar-Rijal said...

sangt menarik.. like~

nurfaezza said...

salam ukhwah fillah~
wah je!!menarik2..
bole buat modal tazkirah..hehe