Friday, August 14, 2009

First Girl In Adam's Generation

Dalam kelas Math handset vibrate..


“Pikah, k.miza da bersalin..baby gurl..“
“Alhamdulillah. First baby gurl in Adam’s generation =)”


Dapat pulak mesej Angah(my 2nd bro yg baru jadi ayah)..


“Miza dah bersalin. Dua-dua selamat.”


Dapat aku bayangkan betapa happynya Angah. Angah kata anak die putih. Jelas, Angah sungguh berbangga dengan titlenya sebagai seorang ayah!


First of all, MABRUK pada Angah and K.Miza atas kelahiran first baby girl nie. Tak dapat aku bayangkan betapa bahagianya Angah sekarang. Mesti sengih sampai ke telinga, er macam mustahil je, tukar-tukar, sengih sampai nampak gusi. Hmm, ruginya tak dapat bersama diorang sekarang.


Anyway, nampaknya sekarang Angah, ko telah diberi satu lagi amanah oleh Allah. Dua perempuan dalam hidup ko (ni tak campur lagi mak, aku k.de and k.dah). Dua tanggungjawab, dua komitmen, dua rahmat, dua kurniaan.




Bersedialah wahai Naimran!




Tak dinafikan, sebagai seorang lelaki, tanggungjawab yang dipikul lebih berat. Sesuai dengan fitrah seorang lelaki yang kuat fizikalnya, matang pemikirannya dan beberapa kelebihan lain.


Firman Allah:Yang bermaksud:


"Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, kerana Allah telah melebihkan orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan, dan juga kerana orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.


(Surah an-Nisa'": 34)




ALL THE BEST FOR YOU BRO!

No comments: