Maka,dengan kepulanganku ini,emakku bisa menghela nafas sedikit lega(ada pembantu baru katanya).Baik mak,saya dah mafhum dengan tugasan saya kat rumah ni.
Macam biase la,cuti ni aku kena jadi baby sitter.Tapi bukan jage adik ye,jage anak sedara,aku takde adik daaa.Harapnye bulan puasa ni diorang kurang aktif sket.
Alkisahnye,tibalah hari pertama(maksudnye ari ni lah).
Ya Allah!Same ajek rupenye!Adeyh,tak larat gini.Memang cukup-cukup depa kejekan aku.Duk layan depa saje dah cukup untuk membuatkan aku penat.
Sebenornye nak cakap pasal penat.Hidup sebagai seorang pelajar memang tak lari dengan kesibukan.Nak-nak lagi yang ada memegang jawatan di kampus.Tak dinafikan,24 jam terasa saaaaaaaaangat padat(panjang harakat sbg tanda taukid).Pagi penuh dengan kelas,petang kalau takde kelas,settlekan urusan dengan pejabat,malam pulak masa untuk meeting.Habis meeting,baru study.Tu pun kalau tak rebah di pinggir katil la.Situasi begini boleh menyumbang kepada stress.Stress ni,tak boleh dibiarkan tanpa berusaha mengatasi(if tak jadi lagi) atau menghilangkannya.Kalau tak,boleh sampai ke tahap severe depression.Boleh kate macam dah nak gile la.Tu yang kite tak nak tu.
So,ape yang perlu kite buat????
Kat sini adelah beberapa tips yang rasanya berkesan,InsyaAllah.
- Senyum - Kebanyakan kita bila berhadapan dengan masalah pasti muka masam macam cuka.Takpun,mengeluh,mengomel sorang -sorang.Apalah salahnya,kita hadapi dengan senyum.At least,muka tu takdelah sakit sangat duk menahan marah stress punye pasal.Orang kat sekeliling pun senang tengok kita..Stress diorang pun boleh hilang bila tengok kita senyum..(",)
- Bersendirian - Ada sesetengah orang suka bersendirian..memencil diri untuk mencari ketenangan seketika.Kita renungkan kembali apa yang berlaku dan ambillah iktibar dari sudut yang positif setiap perkara yang terjadi itu kemudian perbaiki pada keadaan yang lebih baik.
- Bertenang - Tarik nafas dalam-dalam dan hembuskannya secara perlahan-lahan.Tenangkan diri dan bawa fikiran kita ke titik positif.Bila kita tertekan,selalunya keputusan yang dibuat berdasarkan emosi semata-mata.So,be cool k!
- Berbuat baik pada insan - To make people be good to you,you have to be good to them first.Lebih kurang macam 'buat baik dibalas baik,buat jahat dibalas jahat'.Sikap ni mampu membuatkan orang berasa senang dengan kita.Jadi,insyaAllah,kita takkan hadapi banyak masalah dalam berurusan dengan orang ramai.
- Pemaaf - Senang cakap tapi susah nak buat.Mulut kata maaf tapi hati belum tentu.Manusia tak lari dari kesalahan.So,maafkanlah kesalahan orang lain jika mahu kesalahan kita dimaafkan.
- Kongsi - Kongsikan apa yang anda rasa dengan insan yang tersayang.Luahkan kepada mereka segalanya(tapi jangan duk lepas geram secara ganas pulak kat depa).Mereka mungkin hanya mampu menjadi pendengar yang setia.Tapi,sedarlah,bukan semua orang mampu menjadi pendengar yang baik,dan bukan semua orang sudi untuk menjadi pendengar.
- Ceria - Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.So,ceria-ceriakanlah diri anda.Hargai masa yang ada ini.Tapi,ini tak bermakna anda tidak boleh menangis.Bertindak mengikut waqi' la ye.
- Berlapang dada - Rukun ukhuwah yang pertama ni ade powernya.Ni pun satu perkara yang agak susah nak dilakukan.Tapi percayalah,anda akan tahu betapa powernya bila anda berlapang dada.
- Allah - Ikutilah perintah dan suruhanNYA, tinggalkanlah perkara yang dilarangNYA hayatilah setiap bait-bait ayat dariNYA nescaya anda tidak akan rugi walau sesaat..

Rasulullah s. a. w. bersabda, "Jibril telah mengajarku beberapa kalimah. Setiap kali selesai sembahyang, hendaklah membaca 'Subhanallah' sepuluh kali, Alhamdulillah' sepuluh kali dan 'Allahu Akbar' sepuluh kali. Kemudian ketika hendak tidur baca 'Subhanallah', 'Alhamdulillah' dan 'Allahu Akbar' ini sebanyak tiga puluh tiga kali."
No comments:
Post a Comment