Salam 'Alaik...
Alhamdulillah..jutaan syukur ke atas Ilahi yang telah mengurniakan kekuatan buatku untuk menghadapi ujian dunia ini ~ exam baru habis hari ni..fuh ~
Religion In Malaysia,membuka tirai exam aku untuk sem ni 12 Februari lalu..2 jam menghadapi beberapa helai kertas setelah bertungkus lumus mengingat segala jenis concept of God,basic doctrines & rite n ritual setiap agama kat Malaysia ni. Serius! Pening jugak la memula tapi...seronok! Anyway, belajar apa yang tak seronok kan? =)
Selang 5 hari..Math II pula menjelma dengan segala kiraan-kiraan statistik yang kadang-kadang mengelirukan jugak..especially bab probability, nak2 chapter 4..huhu..ingat lagi lepas kuiz chapter 4..bila madam bagi balik..erk,hanya mampu tersenyum kambing sorang sambil peluk kertas quiz tu..haha..by the way, Alhamdulillah, dalam exam Allah permudahkan..
Selang 5 hari lagi..(aku sungguh beruntung sebab setiap paper selang 5 hari, banyak sket masa nak study)..yang ni memang subjek favourite..Physics..style aku belajor Physics ni, hafal je formula then apply je dalam soalan..and i dun think dat dis is the right method..dun follow dis next sem k =P one day before Physics paper, memang dah tepu dah kepala nih! Tak boleh da tengok buku Serway tu, nak termuntah rasa. Tapi ku gagahkan jua demi masa depanku..isk3~..habis 2 jam setengah,aku hanya mampu berdoa dan tawakal..
Takkan dapat aku hadapi semua ni tanpa inspirasi daripada mak abah aku serta dorongan daripada teman-teman...
Bagi aku, hari ni adalah hari terakhir aku untuk sem ni..tapi ada untuk sesetengah orang, hari ni adalah hari terakhir mereka di CFS ni..
Buat Anje Noor,
Dulu kita sama-sama di DQ, sama-sama mengharungi sakit perit dan suka suki, di sini kita telah disatukan, dan kerana 1 kisah, kita berpisah.
Namun, Allah mengizinkan kita bertemu kembali di CFS. Sepatutnya hari ini juga hari terakhir untuk aku, tapi takdir menentukan, aku perlu berada di sini lebih lama. Tapi, itu bukanlah satu penghalang untuk ukhwah kita lebih mekar.
Buat Anjang Hayati,
Kita kembar, walaupun tak serupa, tapi kita lahir hari yang sama.
Kita kembar, walaupun tak sehala, kau Gombak, aku Kuantan, tapi di hatiku tetap ada kau dan di hati kau tetap ada aku.
Percayalah, mengenali Anjang adalah satu nikmat bagi Anje...
Buat Ude Aimi,
Sepatutnya kita sama2 tamat, tapi Anje tak mampu.
Ude lebih bijak dan cermat, and I respect u.
And....see you!
Semoga kalian teruskan perjuangan di main campus..nantikan kedatangan kami..~
3 comments:
isk3..='(
untuk aku xde..xpe..
alamak..sape pulak nie?
tertinggal ke..sori la ek..
=)
xpe anje...sdey r gni..dh lupe kt kte la tu..
Post a Comment