Saturday, February 13, 2010

Khusyuk

"Sungguh berUNTUNG orang-orang yang berIMAN. Iaitu orang-orang yang KHUSYUK dalam solatnya"
(Al-Mu'minuun : 1-2)


Khusyuk menurut pandangan beberapa ulama'...

Ibnu Abbas
Khusyuk itu maknanya orang yang takut dan tenang anggota (anggota badan dan hatinya)
 
Saidina Ali bin Abi Talib
Khusyuk itu adalah khusyuk hati. Maksudnya khusyuk itu tempatnya di dalam hati dan mesti khusyuk adalah hati itu sendiri.


Imam Ibnu Katsir
Khusyuk di dalam solat itu dapat dihasilkan oleh orang yang membulatkan hatinya untuk bersolat dan menghindari soal-soal yang lain iaitu dengan mengutamakan solat daripada hal-hal duniawi. Maka, dengan itu solat akan menjadi lebih dicintai dan dilakukan dengan perasaan senang hati.


Ibnu 'Araby (Ahkamul Quran)
Khusyuk adalah tunduk merendah dan menghinakan diri di hadapan Allah SWT.


Syeikh Tantawi Jauhari
Khusyuk itu bererti merendahkan diri dan tunduk, tidak berpaling kanan dan kiri, tidak menggerakkan tangan semasa solat. Hanya memusatkan kemahuannya yakni hati kepada Allah SWT semata-mata. Dan merenungkan maksudnya, daripada apa yang diucapkan semasa solat, iaitu bacaan, zikir dan doa.


Asy-syahid Saiyid Qutb (Tafsir Fi Zhilalil Quran)
Khusyuk itu bermakna hati orang yang bersolat itu berasa gentar , gerun dan takut di hadapan Allah SWT hingga lahirnya ketenangan dan kekhusyukan. Llau khusyuk itu menjalar ke seluruh anggota tubuh badan hingga terbayang di mukanya serta gerak gerinya. Hilang gangguan dalam fikiran dan tidak terganggu langsung dengan urusan duniawi.


Imam Malik
Khusyuk itu maknanya menghadap dengan sepenuh perhatian ke atas solat itu.


Imam Asy-Syafie
Khusyuk itu ialah orang yang bersolat itu haruslah menitikberatkan pandangan matanya ke tempat sujud, kerana dengan itu akan lebih menghadirkan dia dan memusatkan pemikirannya.


Hujjatul Islam, Imam Al-Ghazali
Khusyuk ataupun ingat kepada Allah SWT di dalam solat itu wajib hukumnya berdasarkan pengertian ayat : "...dan dirikan solat itu untuk mengingati-Ku." (Taha : 14)

(dipetik dari Majalah Anis, Januari 2010)

JOM IMPROVE SOLAT!






No comments: