Monday, November 29, 2010

Kuala Lumpur Berselawat


KUALA LUMPUR BERSELAWAT
10 & 11 DIS 2010
DATARAN PUSAT ISLAM KL
5 - 11 MALAM

HARI PERTAMA
5.00 - 5.30 petang   :   Bacaan Ratib Al-Haddad
5.30 - 7.00 petang   :   Persembahan qasidah bergendang
9.00 - 11.00 malam  :   Malam Layar Mahabbah
                                 (AlMawlid, Mirwana, Noh Hujan, Altimet, dan ramai lagi)

____________________________________

HARI KEDUA
5.00 - 5.30 petang   :   Bacaan Ratib Al-Haddad
5.30 - 7.00 petang   :   Persembahan qasidah bergendang
9.00 - 11.00 malam  :   KUALA LUMPUR BERSELAWAT (acara kemuncak)
                                 - bacaan Mawlid Ad-Dhiya' Ullami' dan ceramah
                                   oleh Al-Habib Ali Zeinal Abidin Al-Hamid


Friday, November 5, 2010

Tidak Semudah Membalikkan Tapak Tangan!


Set atas, set bawah, set depan, set belakang, set siku, set siku, jeli jeli one two jus!

Meliuk lentok tangan berpaling-paling main benda alah nie. Layan anak-anak sedara punye pasal.

Lagi satu game, semua tangan letak kat tengah. Pastu...

Lat tali lat laili tamplom! Sambil tangan-tangan kat tengah tu kejap cerah kejap gelap. Faham tak? Kan ke kite duk paling-paling tangan. Kejap tapak tangan, kejap belakang tangan. Ke korang punye tapak tangan sama warna je dengan belakang tangan???Haa..cek balik ye =)

Tapi kan, percayalah. . . kalau kita nak berubah,
tak semudah membalikkan tapak tangan!

Daripada kulit gelap nak bertukar kepada 2 tona lebih cerah, mahu 2 3 minggu kena tonyoh Garnier kat muka.

Daripada sejahat-jahat Mayat, nak berubah kepada sebaik-baik Razif, bertahun-tahun kena bermukim kat pusat pemulihan. (Iklan: Geng Surau ^^)

Bukan senang nak berubah kan...

Sememangnya proses penyucian diri memerlukan pengorbanan dan kesabaran. I’m not talking about mandi right now ok. Kalau setakat mandi, memang senang r. Nak2 mandi air Sg Congkak ke air laut Pantai Rusila ke air Bukit Gambang Waterpark ke.

Penyucian diri, atau lebih kepada penyucian hati. Membawa diri berhijrah menuju cahaya redha Ilahi.

Sebut hijrah, mesti semua teringat mengenai kisah Maher Zain (ke aku je yang teringat???).

Bagaimana beliau disentuh oleh Allah. Mula sedar kehidupannya yang serba famous amous tu tak bermakna bila hatinya tidak dihuni ketenangan. Dalam kegelapan, beliau temui cahaya. Cahaya yang membawanya kembali kepada Tuhan.

Tapi, standard la kan. Syaitan dan iblis takkan sewenang-wenangnya melepaskan beliau pergi. “It’s really hard for me. A lot of things that I’ve got to go through and Alhamdulillah, here I am now. Don’t ever lose hope, InsyaAllah, He’s always be there.”,luah beliau kepada aku(yang sedang menonton MHI..hehe). Nikmat Islam yang dirasakan, ingin disampaikan ke seluruh pelusuk dunia. Dan rakyat Malaysia turut merasai.

(Tak habis2 Maher Zain! Udah2 ler!)

Bukan nak promote En Maher. Sekadar menjadikan beliau sebagai contoh semasa.

Kita lihat kisah zaman berzaman pula.

Mukanya bengis. Jelingannya tajam, mampu membunuh siapa sahaja yang memandang. Jika Islam dan Muhammad kedengaran di telinganya, serta merta darah menyirap. Kecuali kenyataan yang menghinakan. Lebih membangkitkan kemarahan, apabila adik perempuan dan suaminya mengiyakan Muhammad dan menganut Islam. Namun, tiada kuasa yang lebih agung daripada kuasa Allah. Ingin dirampasnya lembaran firman Tuhan Yang Maha Kuasa tapi dihalang oleh adiknya. Dikatakan tidak layak untuk memegang lembaran suci itu dengan tangannya yang penuh najis. Disuruhnya untuk mandi terlebih dahulu jika ingin meletakkan tangannya pada lembaran itu. Dia patuh demi untuk membaca tulisan ‘keramat’ orang-orang Islam. Lalu dibacanya. Pantas sekali ayat-ayat dari surah Taha itu meresap masuk ke hati si abang, umpama gas oksigen meresap masuk ke dalam kapilari darah. Menangis teresak-esak si abang tadi. Terus merayu kepada si adik supaya dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w..

Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah,
Aku bersaksi Muhammad utusan Allah


Pembenci Islam dahulu kini pelindung umat Islam. Itulah Saidina Umar Al-Khattab.

Rasulullah s.a.w. pernah berdoa kepada Allah s.w.t., semoga ada di antara dua Umar menjadi pembela Islam. Allah s.w.t. memilih Umar Al-Khattab, bukan Abu Jahal. Segala perancangan Allah adalah yang terbaik.



Teman-teman, adik beradik dan adik-adik...

Jika anda ingin menjadi lebih baik, usahakanlah ke arah yang lebih baik. Maksud saya, usaha yang berpanjangan. Beri sokongan juga kepada sahabat-sahabat yang ingin berubah. Panjatkan doa, semoga usaha kita diberkati dan diredhai Allah.

Thursday, October 14, 2010

Konsert Cegah Buang Anak

Hari ini 14 Oktober 2010.
2 event besar bakal diadakan.

Konsert Maher Zain di MBSA.
Konsert Adam Lambert di Stadium Bukit Jalil.

Kedua-duanya konsert.



Maher Zain membawa Misi Save The Soul. Menyumbang dana untuk aktiviti-aktiviti pencegahan oleh Raudhatus Sakinah.

Adam Lambert pula, berusaha untuk mencegah pembuangan anak dengan mempromosikan hubungan sejenis. Ye lah, kalau hubungan sejenis, mana mungkin akan ada bayi yang terbuang. Kecuali bayi angkat.


Maher Zain, figure yang menunjukkan nilai-nilai positif. Baik dari segi lagunya, juga perwatakannya. Hijrah beliau yang membawanya lebih dekat kepada Allah memberi kesan yang mendalam, membuatkan lagu-lagunya yang ditulis dari hati yang tulus meresap ke dalam hati para pendengar.

Adam Lambert, berkelakuan negatif dengan beberapa aksi-aksi lucah, hingga American turut menolak persembahannya. 

Apa-apa pun....

KAMI BANTAH KONSERT ADAM LAMBERT!!!

Mahasiswa membantah!

Kau Ahli Syurga!

Suatu hari Rasulullah mengajak cucunya yang masih kecil, Hasan dan Husein, ke masjid. Tiba-tiba terdengar suara azan. Rasulullah pun memimpin solat berjamaah. Ketika Rasulullah sujud, Hasan dan Husein mengira Rasulullah sedang mengajak main kuda-kuda. Jadi mereka pun menaiki belakang Rasulullah. Anehnya, Rasulullah tidak marah. Beliau malah memanjangkan sujudnya sampai Hasan dan Husain turun dari belakang beliau.

Setelah selesai solat seorang makmum bertanya pada Rasulullah, “Mengapa Anda memanjangkan sujud?” tanyanya.

“Kerana tadi cucuku, Hasan dan Husain menaiki belakangku,” jawab Rasulullah.

Jelas dan nyata sifat kasih sayang Rasulullah terhadap anak kecil.

Hendak mengendalikan anak kecil bukanlah satu perkara yang mudah. Tidak semudah menaip mesej. Tidak semudah menjawab soalan math.

Apa yang ditulis ini merupakan pengalaman diri. Menjaga anak kecil. Bukan adik kandung sebab aku anak bongsu. Bukan anak sendiri sebab aku bujang lagi. Tapi anak-anak abang dan kakak.

Biasalah, budak-budak kecil, dari segenap sudut bantuan kita diperlukan. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Bab ni, tak kisahlah. Alang-alang, boleh asah parenting skill kita.

Paling tak tahan, bila mereka buat onar. Faham tak onar tu ape? Menurut Kamus Dewan edisi keempat, onar bererti gempar, huru-hara, kacau, rusuh. Jadi, maklum sajalah, bila si pelakunya budak-budak kecil yang sedang meningkat umur, bak kata abah aku,"baru dapat tangan, baru dapat kaki"..sekali mereka buat onar, MASYAALLAH..disaster rumah dibuatnya.

Yang tukang jaga ni pun, dengan relanya kemas balik.

5 MINIT KEMUDIAN....

Tukang jaga sedang mengulangi perbuatannya tadi.

10 MINIT KEMUDIAN....

Tukang jaga tadi sekali lagi mengulangi perbuatan tersebut diiringi dengan beberapa ayat bernada tinggi.

5 MINIT KEMUDIAN....

Tukang jaga membiarkan sahaja onar terus berlaku dan hanya mampu melihat keadaan sekeliling yang dah tak ade rupe ruang tamu.

Kadang-kadang, mahu bengang jugak dibuatnya. Tapi, 1 TIPS untuk menghilangkan kebengangan itu.

Ingatlah, 
MEREKA AHLI SYURGA! MEREKA TIADA DOSA!
SEDANGKAN KAU?
TAK TAHULAH HATI HITAM BANYAK MANA!

Ambik nak! Terus sejuk hati....tersenyum si tukang jaga tadi.

Kepada yang bergelar abang@kakak,
Bimbinglah adik-adik anda, jadilah contoh yang baik kepada mereka.

Kepada yang bekerja menjaga anak kecil,
Jagalah mereka dengan penuh kasih sayang.

Kepada yang bergelar ibu@bapa,
Coraklah anak-anak anda dengan warna-warna Islam.

Kepada yang tidak bergelar mana-mana seperti di atas,
Sayangilah anak-anak kecil walau siapa pun mereka.

Kepada yang BUANG ANAK,
Ni nak marah ni..hish..
BERTAUBATLAH KALIAN..SEMOGA ALLAH MEMBERI HIDAYAH.


Inilah wajah-wajah yang kukasihi.....